Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Pelajar Lelaki 16 Tahun Dakwa Dicabul Pengetua Sekolah Di Sabak Bernam

today10 March 2021

Background

Sesi persekolahan secara bersemuka baru sahaja dilaksanakan namun pelbagai insiden telah dilaporkan daripada segi makanan yang dijual di kantin sekolah, kebersihan sekolah sehinggalah satu kes cabul. Terbaru seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun mendakwa dia telah dicabul setiap hari oleh pengetua sekolahnya pada 4 Mac 2021 lalu di kawasan sekolahnya.

Pelajar tingkatan empat itu bersekolah di sebuah sekolah swasta di Sabak Bernam mendakwa dia dicabul oleh pengetua sekolahnya pada 4 Mac 2021. Mangsa telah memaklumkan kejadian malang tersebut kepada keluarga angkatnya sehari selepas kejadian itu berlaku.

Menurut laporan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, mangsa telah mendaftar masuk ke sekolah berkenaan pada Oktober 2020 dan dia telah ditempatkan di bilik tidur tetamu kerana pada masa itu asrama sekolah berkenaan telah penuh.

Selepas tiga hari duduk di sekolah tersebut, mangsa mendakwa dia mula diganggu secara seksual oleh pengetua sekolah berusia 59 tahun itu. Tambah mangsa, kejadian keji itu diperlakukan oleh pengetuanya setiap hari sedemikian sehingga sekolah berkenaan diarahkan tutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada November 2020.

Bagaimanapun, apabila sesi persekolahan secara bersemuka dilaksanakan semula baru-baru ini,  mangsa kembali ke sekolah itu dan masih ditempatkan di bilik yang sama pada 4 Mac 2021. Pada hari yang sama jam 4 petang, pengetuanya itu telah datang sekali lagi untuk mengganggu mangsa secara seksual tetapi mangsa sempat mengelak.

Mangsa kemudiannya keluar dari bilik tersebut dan pergi menumpang tidur di rumah rakannya. Pada 5 Mac 2021, mangsa pulang ke rumah keluarga angkat dan terus mendedahkan perbuatan jijik pengetua sekolah berkenaan. Bagaimanapun, pengetuanya telah menghubungi mangsa untuk cuba memujuknya kembali ke sekolah dan sempat meminta mangsa tidak menceritakan perbuatannya kepada sesiapa.

Namun, pelajar tersebut tidak mengendahkan permintaan pengetuanya dan terus pergi menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam. Difahamkan pemeriksaan itu mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal.

Laporan menunjukkan bahawa pengetua tersebut memiliki rekod lampau iaitu Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Polis kini sedang mengesannya dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kerana Nafsu, Budak Lelaki 2 Tahun Dicabul Oleh Ibunya

Apa Nak Buat Jika Anak Kita Dicabul?

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Adinna


Previous post

Wigan Athletic

Sukan

Hasrat Ahli Perniagaan Malaysia Ambil Alih Wigan Athletic Tidak Kesampaian

Hasrat ahli perniagaan Malaysia untuk memiliki saham dalam kelab England, Wigan Athletic tidak kesampaian apabila kelab itu dijangka akan dibeli syarikat gergasi dari Bahrain, Kumpulan Phoenix. Menurut laporan The Sun, faktor kekuatan kewangan yang kukuh serta perbelanjaan tunai yang tinggi untuk membawa masuk pemain difahamkan menjadi faktor utama mengapa Kumpulan Phoenix mendapat kepercayaan daripada ahli Lembaga Pengarah kelab untuk dijadikan sebagai pemilik baharu pasukan. Sumber... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today10 March 2021