Semalam kecoh dengan kes perancangan seorang isteri dan adiknya membunuh suaminya yang buta semata-mata ingin mendapatkan harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM2 juta.
Hari ini perbicaraan telah dilakukan dan wanita tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret bersama adik lelakinya bagi menghadapi tuduhan bersama membunuh suaminya yang buta demi harta.
Sumber: kosmo
Kedua beradik terbabit berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Mengikut pertuduhan, GS Angela Dewi, 45, bersama GS Vijaya, 42, dengan sengaja membunuh R Devarajoo di sebuah rumah di Lorong Jati 1, Rumah PKNS Blok A, Kampung Baru Sungai Chua, antara 12 tengah hari sehingga 1 tengah hari pada 1 Oktober lalu.
Malah, wanita itu sanggup mereka cerita kononnya suami yang buta disamun ketika berada di hadapan rumah.
Bagaimanapun, helah itu terbongkar selepas mereka ditahan polis, Sabtu lalu selepas mangsa berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Isteri Rancang Pembunuhan Suami Yang Buta Demi Mendapatkan Harta
James Bulger! Tragedi Pembunuhan Anak Kecil Yang Dilakukan Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun!
Sumber: harianmetro
Post comments (0)