Terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan satu kenyataan bahawa sebanyak 298 sekolah merangkumi sekolah rendah dan menengah berada dalam zon merah di Petaling, Selangor akan ditutup sehingga 25 Oktober ini.
Disebabkan pecahan kes terbaru sudah merebak ke Petaling, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut memutuskan untuk menangguhkan semua temujanji majlis akad nikah yang dijadualkan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang (Paid Klang) mulai hari ini.
Sumber: sinarplus
Menurut Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata penangguhan dibuat berikutan semua aktiviti di masjid dan surau sudah ditangguhkan oleh Jais sekaligus membabitkan temujanji pasangan dari Zon Klang dan Zon Kapar.
“Selain daripada itu, pihak kami ingin melakukan penyelarasan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan 9 Oktober lalu.
Bagaimanapun, sebarang temujanji akad nikah individu di Paid Klang akan dijadualkan semula dan sebarang perkembangan terkini berkaitan majlis akad nikah di daerah Klang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Pejabat Agama Daerah Klang ‘Cipta Rekod’, 118 Pasangan Bernikah Dalam Satu Hari Sebab PKPB
Sempat Pakai Cincin Kahwin, Pengantin Perempuan Ini Meninggal 1 Jam Sebelum Akad Nikah
Sumber: johorkini , harianmetro
Post comments (0)