Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Penat Hidup Miskin, Wanita Kelar 3 Anaknya

today14 December 2020

Background

Tekanan hidup yang dialaminya telah mengakibatkan si ibu melakukan sesuatu yang di luar jangka manusia. Seorang wanita tergamak membunuh ketiga-tiga anaknya dengan kejam di Desa Banua, Daerah Nias Utara, Indonesia. Suspek, Marina Tafona’o, 30, mengelar leher kesemua mangsa yang pada ketika itu sedang tidur lena dan telah mengaku dia berbuat demikian kerana tidak tahan hidup dalam kesempitan.

Kejadian berlaku semasa suaminya, Nofedi Lagahu, seorang petani keluar membuang undi terpaksa menelan kenyataan pahit akan kehilangan tiga anaknya sekali gus. Menurut laporan, Nofedi tidak menyangkal alasan yang diberikan Marina dan mengesahkan kehidupan mereka sekeluarga sememangnya susah akibat tekanan ekonomi.

Tambahnya, kesusahan itu membuatkan dia hanya mampu memberi keluarganya makan sekali dalam waktu tiga hari. Jika mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, Nofedi akan memberi sebuah pisang kepada anak-anaknya sebagai alas perut.

Laporan juga menyatakan atas akibat desakan ekonomi keluarganya, Nofedi kerap bertengkar dengan Marina sehingga kemuncaknya pada Rabu, 9 Disember 2020, Marina bertindak membunuh anak-anaknya yang masih kecil dengan cara kejam. Marina telah mengelar leher ketiga-tiga sehingga maut. Bernasib baik anak sulung, terselamat kerana mengikut bapanya pergi ke tempat pembuangan undi.

Ketika ditemui Marina pada waktu itu berada di tepi mangsa dalam posisi terlentang dan memegang sebilah parang yang digunakan untuk mengelar leher anak-anaknya. Ketua Polis Nias, Yasden berkata, suspek dipercayai telah mengelar leher anak-anaknya menggunakan parang sehingga hampir putus. Marina juga dikatakan cuba membunuh diri ketika ditahan dengan cara mengelar lehernya sendiri.

Semoga keluarga mangsa kuat mengharungi dugaan ini. Sebagai pengajaran bersama, sentiasalah bertanya khabar sesama keluarga, rakan dan jiran jika mereka memerlukan bantuan dari segi mental atau fizikal.

 

Baca juga:

Ibu Muda Bunuh Diri Dan Dua Anaknya Kerana Tidak Bersetuju Hasrat Suami Nak Jual Rumah…

Kejam! Sanggup Bunuh Dua Anaknya Untuk Dapatkan Duit Dengan Menjual Organ Mereka

 

 

 

Sumber: Tribun News

Written by: Adinna


Previous post

koeman

Sukan

Tewaskan Levante, Koeman Laung Keyakinan Barcelona Mampu Juara La Liga

Barcelona berjaya menang ke atas Levante dalam aksi La Liga mereka musim ini. Selepas kemenangan tersebut, Ronald Koeman melaungkan keyakinan bahawa pasukannya akan berpeluang menjuarai La Liga musim ini. Barcelona menang tipis 1-0 ke atas Levante hasil jaringan Lionel Messi pada minit ke-76. Messi kini mencatat rekod luar biasa dengan jaringan ke-600 untuk Barcelona. Menjadikan beliau pemain yang menyamai rekod Pele, menjaringkan 600 gol untuk satu kelab. That's 6️⃣0️⃣0️⃣ Leo

today14 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *