Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Kurangkan Jurang Darjat,” – Doktor Ini Hantar ‘Surat Layang’ Pada Menteri Kesihatan

today11 February 2021

Background

Hastag #AdhamBabaLetakJawatan trending sejak pagi semalam selepas Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba mengeluarkan kenyataan bahawa menteri hanya perlu jalani kuarantin tiga hari saja selepas pulang dari luar negara.

Perkara ini mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia dan ramai mula melontarkan rasa tidak puas hati kerana keputusan ini mewujudkan dua darjat antara ahli menteri dan juga rakyat marhaen.

No photo description available.

Tidak terlepas, salah seorang doktor pakar buah pinggang, Dr Rafidah mencoret ‘surat layang’ menerusi ciapan twitter akaun miliknya dengan tajuk, Dua Darjat dan disertakan akaun mensi Dr Adham sendiri.

Menurutnya, jika ingin kurangkan kuarantin, kenapa perlu selektif? Lakukan saja SOP untuk semua.

“Dato Sri sendiri tahu, siapa yang menjaga wad-wad SARI dan COVID? Ramai mereka adalah pegawai-pegawai kontrak yang terdiri dari semua lapisan terutamanya pegawai-pegawai perubatan muda,” tulisnya dengan lantang.

Malah, beliau menekankan bahawa barisan hadapan tidak pernah sekali pun praktikkan darjat-darjat sebegini kerana barisan perubatan hanya pegawai professional dan semua akan dilayan dengan sama rata.

“Tidak perlu guna kuasa untuk diri, keluarga dan kawan-kawan sendiri kerana saya tidak nampak jalan keluar daripada pandemik ini kalau beginilah bercelarunya keadaan negara ini,” tulisnya lagi.

No photo description available.

Harap esok lusa ada rombakan keputusan dibuat agar tidak kira siapa pun rakyat Malaysia, sama-sama ke hadapan untuk mengekang penularan wabak berbahaya ini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pelaksanaan PKPB Wajar – Dr Adham Baba

COVID-19: Setuju guna AI, BDA bantu kawal penularan virus – Dr Adham

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Northport pelabuhan pertama terima pensijilan ISO 37001: 2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah

PETALING JAYA – Northport (M) Bhd, (Northport), ahli Kumpulan MMC, menjadi pelabuhan pertama di Malaysia yang memperoleh ISO 37001: 2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. (SIRIM QAS). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, pensijilan tersebut me­nunjukkan komitmen syarikat terhadap tahap integriti dan budaya beretika tertinggi di dalam pengoperasian perniagaan seharian. “Kami yakin bahawa pensijilan ini akan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today11 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *