Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Tabiat Tak Bermoral Dapat Dihidu Mangsa, Polis Tangkap Suspek Rakam Punggung Wanita

today3 March 2021

Background

Dunia sekarang ni macam-macam kes boleh berlaku, lagi-lagi jenayah yang melibatkan kaum wanita sebagai mangsa sehingga trauma dibuatnya. Berjalan sendirian di kawasan yang tak ramai orang sudah tentu ada risiko menjadi mangsa, tapi di kawasan umum yang ramai orang juga tidak terkecuali sebagai tempat pemangsa mencari mangsa.

Baru-baru ini, seorang pekerja pendawaian ditahan kerana disyaki merakam video punggung wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah pasar raya di Sungai Petani, Kedah. Menerusi keterangan seorang saksi yang juga mangsa, dia mendapati terdapat seorang lelaki yang agak mencurigakan sedang memerhati gerak-gerinya dan merakam gambar ke arahnya.

Perakam punggung wanita dalam pasar raya ditahan

Sungai Petani: Pekerja pendawaian ditahan kerana disyaki merakam video…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, March 2, 2021

Wanita terbabit yang sedang membeli barang bersama dua anaknya pada ketika itu sedang memilih barangan, namun terasa seperti ada seseorang yang sedang memerhati dari belakang. Wanita itu yang juga bersama suaminya kemudian mula memerhatikan dari jauh sebelum mendapati suspek merakam gambar punggung beberapa pelanggan wanita di situ.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, laporan polis dibuat oleh wanita tersebut yang berusia 28 tahun sebagai mangsa pertama pada malam hari kejadian. Adzli berkata, selain itu, mangsa juga ternampak suspek turut menyelak kain seorang wanita menggunakan kakinya menyebabkan dia pergi ke arah suspek berusia 27 tahun dan merampas telefon bimbitnya.

Mangsa kemudian menyemak telefon dan mendapati beberapa video berjaya dirakam lelaki tersebut. Suspek bagaimanapun mendakwa telah memadam video terbabit. 

“Mangsa memberitahu perkara itu kepada pengurusan pasar raya terbabit, manakala suaminya menghubungi polis sebelum suspek berjaya ditahan untuk siasatan,” jelas Adzli.

Gambar yang dikongsikan dalam Facebook Page Info Roadblock JPJ/Polis menunjukkan suspek telah berjaya ditangkap oleh polis dengan bantuan daripada mangsa tadi. Rata-rata wargamaya mengecam perbuatan suspek dan meminta untuk diberikan hukuman yang setimpal. Sementara itu, hasil semakan rekod lampau, polis mendapati suspek tiada rekod jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK). Semoga ia menjadi pengajaran berguna buat suspek.

Baca juga artikel menarik lain:

Diambil Jadi Pembantu Rumah, Akhirnya Bertindak Rogol Dan Bunuh Empat Sekeluarga Ini

Suami Minta ‘Jahit Lebih Sikit,’ Ramai Netizen Baru Tahu Istilah ‘Husband Stitch’

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

MFL

Sukan

Pemerhati Bola Sepak Anggap Presiden MFL Penyelamat Liga Malaysia

Kemampuan Malaysian Football League (MFL) menarik jumlah tajaan sebanyak RM33.428 juta bagi saingan 2021 ketika situasi penularan pandemik COVID-19 masih tidak menentu membuktikan Liga Malaysia ada nilai yang tinggi di kaca mata penaja. Walaupun buat masa ini kehadiran penonton ke stadium masih tidak dibenarkan, situasi itu tidak menghalang MFL dalam mempengaruhi penaja-penaja berpotensi untuk membantu MFL bagi menjayakan Liga Malaysia 2021. Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek... Klik untuk baca […]

today3 March 2021