Minggu lepas hampir setiap hari isu Macau Scam diperkatakan. Ditangkap, dibicara sehinggalah pesalah berjaya meloloskan diri dari banggunan SPRM.
Malangnya kini, timbul lagi satu sindiket penipuan, Love Scam yang menjadikan golongan profesional dan pesara sebagai sasaran. Malah, isu Love Scam bukan perkara baru cuma tak berapa aktif dan popular seperti Macau Scam.
Sumber: nst
Bagaimanapun, sindiket ini menyamar sebagai orang kenamaan yang dipercayai berpangkalan di negara ini dan menggunakan ayat cinta untuk memperdaya wanita termasuk warga emas.
Kemudian mereka akan menjalinkan hubungan maya sebelum meminta wang atau harta benda.
Dalam kes terbaharu, seorang penjawat awam wanita menjadi mangsa selepas dihubungi lelaki menggunakan profil ahli kenamaan menerusi aplikasi WhatsApp.
Sumber: todayonline
Mahu dikenali sebagai Mira yang berusia dalam lingkungan 50-an, berkata, dia menerima kiriman WhatsApp dua bulan lalu daripada seorang lelaki yang kononnya bernama Mohd Hafiz Adam.
Tambah wanita berstatus ibu tunggal anak lima itu, dalam minggu pertama, dia tidak melayani lelaki itu kerana bimbang sesuatu yang tidak elok berlaku, namun lama-kelamaan, mereka mula berhubung setiap hari.
“Lelaki itu mengatakan dia ahli perniagaan di luar negara dan sudah lama berada di Malaysia. Jadi, kami sentiasa berhubung. Dalam tak sedar saya dilamun cinta alam maya dan waktu tu saya percaya dia ikhlas mahu berkawan,”
Sumber: harianmetro
Menurutnya lagi, selepas berkongsi pelbagai kisah hidup termasuk dirinya yang memiliki beberapa rumah sewa dan perniagaan kecil, lelaki itu mula meminta wang kononnya untuk membiayai kos pembedahan di sebuah hospital di India.
“Saya percaya kata-katanya dan memasukkan kira-kira RM3,000 dan dia menunjukkan gambarnya yang berada di hospital tapi tidak lama kemudian, dia meminta saya memasukkan wang ke dalam akaun bank tempatan kononnya lebih mudah dikeluarkan.
Saya pun memberikan lagi RM3,000 kepadanya dan tak lama lepas tu hubungan mejadi semakin renggang dan mereka tidak lagi bermesej seperti sebelum ini,” cerita Mira ketika membuat aduan kepada Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), Che Hassan Che Johan.
Sumber: mk
Sementara itu, Che Hassan telah melakukan siasatan PPMM tentang lelaki terbabit yang menggunakan profil ahli kenamaan untuk menjerat Mira demi keuntungan sendiri. Malangnya, talian sudah disekat selepas dia memberi maklum balas.
“Setelah semakan dilakukan, kami mendapati lelaki itu berasal dari Tamil Nadu, India berdasarkan e-mel digunakan. Malah, nombor telefon didaftarkan pun di India, namun dia dipercayai ada di negara ini berdasarkan butiran akaun yang digunakan untuk mengeluarkan duit.
PPMM merujuk kes ini kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk tindakan lanjut,” katanya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Isu Lolos Dari Bangunan SPRM, Lelaki Ini Bongkar Taktik Macau Scam!
Isu Kes Macau Scam, Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Pula Akan Dipanggil SPRM
Sumber: Hmetro
Post comments (0)