Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Tak Tahan Rindukan Ibunya, Seorang Remaja Nekad Terjun Jambatan!

today30 October 2020

Background

Tidak tahan perasaan rindu yang teramat sangat, seorang remaja di Indonesia berusia 18 tahun nekad terjun dari jambatan dipercayai untuk membunuh diri. Menurut laporan, Mangsa yang belajar di sebuah sekolah di Mojokerto, Jawa Barat dikatakan merindui ibunya yang tinggal di Medan lalu memutuskan untuk terjun ke Sungai Ngotok dari ketinggian 10 meter.

Dikenali sebagai DF, dia bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Rumah Sakit Wahidin Sudiro Husodo. Semasa diselamatkan, dia dikatakan tidak sedarkan diri dan mengalami luka di tangan.

Menurut ketua polis di daerah tersebut, remaja tersebut melakukan tindakan itu disebabkan masalah keluarga yang sedang dialaminya. Remaja itu dikatakan tinggal di Kota Mojokerto bersama saudaranya, manakala ibunya yang sudah berkahwin lain itu tinggal di Medan.

Sebelum kejadian, remaja itu sebenarnya sudah cuba menghubungi ibunya beberapa kali namun didapati nombor itu tidak lagi aktif. Selain itu, dia juga dikatakan sering membandingkan dirinya dan rakan-rakan yang dapat berkumpul bersama keluarga.

Disebabkan lokasi dia dan ibunya yang agak jauh, DF juga sudah berputus asa kerana hasratnya ingin berjumpa dengan ibunya masih tidak kesampaian. Harap-harap hasratnya yang ingin menjumpai ibu yang dirinduinya itu termakbul jua.

Baca juga artikel menarik lain:

‘Tiada Penyesalan’ – Banduan Bunuh 48 Banduan Lain Dan Ingin Membunuh Lagi

Bunuh Diri Akibat Tekanan Bekerja Dari Rumah

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

7 Koleksi Kisah Seram UiTM Ini Pasti Buat Korang Tak Tidur Malam

Siapa je yang tak tahu Tasik Tun Fatimah kan? Port paling famous dalam kalangan student dekat UiTM Lendu, Melaka.Macam-macam kisah yang berlaku dekat tasik ni. Salah satunya adalah cerita yang akan dikongsikan di bawah daripada seorang bekas pelajar yang bernama Pika.Benda ni berlaku sewaktu diploma kami di UiTM Lendu. Kebiasaannya pada cuti weekend kami akan keluar ke bandar. Tak kisah la tengok wayang ke, makan-makan ke. Saja isi masa lapang. […]

today30 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *