Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Tragedi Kereta Ibu Dan Anak Terjunam Dalam Tasik, Bapa Sakit Nyanyuk Masih Cuba Telefon Anak

today24 March 2021

Background

Pada Ahad lalu, 21 Mac 2021 kira-kira 6.30 petang, satu tragedi menyayat hati melibatkan seorang wanita dan ibunya yang meninggal dunia kerana kereta yang dinaiki terjunam ke dalam sungai benar-benar menyayat hati. Lebih sebak apabila wanita tersebut dikenali sebagai Nor Aiza Hashim dipercayai kembali ke dalam kereta untuk menyelamatkan ibunya Hasmah Mat Isa sebelum kedua-duanya lemas.

Jasad kedua ibu dan anak tersebut sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Serdang, Bandar Baharu, Kulim selepas urusan post mortem selesai. Bagaimanapun, satu perkongsian daripada adik kepada arwah telah menarik perhatian warganet. Adik arwah bernama Haney Nieza telah berkongsi keadaan bapanya yang mengalami sakit lupa atau nyanyuk masih mencari-cari anak dan isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MUA HANI? (@haney__nieza)

Ayahnya yang seakan belum menyedari ketiadaan dua insan tersayang itu masih lagi cuba untuk menelefon arwah anaknya walaupun sudah diberitahu berkali-kali bahawa Aiza sudah meninggal dunia. Video tersebut jelas menunjukkan Haney sekeluarga sebak apabila melihat telefon bimbit arwah kakaknya berdering kerana mendapat panggilan daripada ayah beberapa jam sebelum jenazah tiba untuk disemadikan.

Sementara itu, Haney turut berkongsi bahawa kakaknya juga pernah menyuarakan hasrat untuk ‘pergi’ bersama ibu mereka ketika berborak dengan rakan tempat kerjanya dan ternyata perkara tersebut dimakbulkan. Jenazah keduanya telah disemadikan dalam satu liang di tanah perkuburan Serdang semalam.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tertekan Pedal Minyak- Dua Beranak Ditemui Lemas, Kereta Terjunam Masuk Tasik

Kanak-Kanak Lelaki Ini Sanggup ‘Terjun’ Longkang Untuk Selamatkan Kucing Lemas. Respect!

 

Sumber: Instagram haney_nieza

Written by: Adinna


Previous post

bale s

Sukan

Bale Sertai Spurs Hanya Untuk Kecergasan Sahaja, Membuatkan Penyokong Terguris Mendengarnya

Gareth Bale kini sedang menikmati kempen secara pinjaman di Tottenham. Namun beliau membuat kenyataan yang mengejutkan ramai pihak, apabila secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak mahu kekal di Spurs secara tetap kerana mahu kembali semula ke Real Madrid. Pemain berusia 31 tahun itu bergabung kembali dengan Tottenham dengan pinjaman sepanjang musim dari Madrid pada September lalu setelah tidak berada dalam perancangan utama di Santiago Bernabeu di bawah kendalian Zinedine Zidane. […]

today24 March 2021