Demi menjaga jarak fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan, pasangan pengantin ini ambil satu langkah unik! Di Malaysia tular kisah pengantin melanggar SOP di hari pernikahan mereka, tetapi pasangan dari Chennai, Tamil Nadu ini dapat merealisasikan impian perkahwinan mereka kira-kira 18 meter di dalam laut.
Pasangan unik bernama V. Chinnadurai dan S. Swetha telah selamat berkahwin di perairan Neelankarai selepas pasukan sokongan mereka mengesahkan laut dalam keadaan tenang dan sesuai untuk melangsungkan majlis istimewa mereka. Difahamkan, pesangan ini telah disatukan pada 1 Februari lalu.
Menurut pengantin lelaki, majlis tersebut dilangsungkan secara tradisional cuma ia dilaksanakan di dalam laut. Pasangan tersebut turun menyelam pada awal pagi, menukar kalungan dan mengikat thaali sebelum pukul 7.30 pagi sebagai mana yang telah diarahkan oleh sami.
Menurut laporan, pengantin lelaki merupakan seorang jurutera dan mempunyai lesen menyelam yang sah. Manakala pengantin perempuan yang juga seorang jurutera baru sahaja mengambil lesen menyelam sebulan sebelum mereka berkahwin.
Pengantin perempuan akui dirinya sangat gementar memandangkan dia baru sahaja belajar menyelam dan perkara ini baru buat ibu bapa dan dirinya. Namun, dia turut menjelaskan semasa perkahwinan itu dilangsungkan ada lapan penyelam berlesen sah ada bersama mereka sebagai langkah berjaga-jaga.
Semua orang mahukan hari istimewa mereka indah untuk dijadikan sebuah kenangan di masa hadapan. Kisah pasangan pengantin ini haruslah kita ambil sebagai satu kisah yang positif dan jika ada bakal pengantin yang sedang membaca artikel ini, kami doakan majlis anda dilangsungkan dengan baik. Ingat ya, patuh SOP kalau tidak mahu kena saman.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
‘Kahwin Norma Baharu’ – Apa Yang Bakal Pengantin Perlu Tahu Dan Lakukan Semasa PKP?
“Kerana Covid-19 Kami Disatukan..”-Pengantin Gayakan PPE Untuk Gambar Perkahwinan
Sumber: IndiaTV
Post comments (0)