Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

[VIDEO] “Rumah Nenek Aku Yang Jatuh Tu” – Tanah Runtuh Di Pasir Mas, Empat Buah Rumah Musnah!

today18 February 2021

Background

Semalam dilaporkan satu kejadian tanah runtuh di Pasir Mas, Kelantan yang mengakibatkan kesemua penduduk di Kampung Jalan Pohon Celagi terpaksa dipindahkan. Runtuhan yang berlaku sepanjang 200 meter awal pagi semalam dikatakan berpunca daripada terjahan air Sungai Kelantan ke benteng berkenaan.

Image via:https://www.hmetro.com.my/

Semasa awal kejadian, sebuah rumah dilihat musnah akibat runtuhan tersebut. Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, pihaknya menerima maklumat berlaku rekahan sejak tiga hari lalu sebelum rekahan terbabit semakin ketara. 

Melalui laporan terkini pula, sebuah lagi rumah penduduk di situ musnah, dan ini menjadikan sebanyak empat buah rumah ranap akibat tanah runtuh. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Shapawi Stapa berkata, dua rumah telah musnah semalam manakala dua lagi malam tadi. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan kesemua penduduk sudah selamat dipindahkan.

Tambahnya lagi,  sehingga kini pergerakan tanah masih aktif dan banyak retakan baru kelihatan di lokasi kejadian. Jadi masih ada rumah yang dilihat berisiko untuk roboh. Kawasan runtuhan tersebut melibatkan seramai 98 penduduk membabitkan 48 buah keluarga. Sebahagian besar mereka berpindah ke rumah keluarga manakala tiga keluarga berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sementara itu, melalui perkongsian video di Twitter, seorang pengguna menyatakan bahawa rumah yang runtuh itu adalah rumah neneknya. Mujur tidak ada yang terkorban akibat tanah runtuh itu. Namun tetap bersimpati dengan nasib mereka yang kehilangan rumah dalam kejadian tersebut. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kena Tuduh Langar SOP, Michael Ang Dakwa Orang Dalam Industri Sendiri Busuk Hati Sebar Fitnah?

Ustazah Asma Harun Tegur Penggiat Seni, Beri Peringatan Untuk Tak Normalisasi Maksiat

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post