Semua orang mempunyai niat untuk berkahwin dengan pasangan yang dirasakan sesuai atau yang diimpikan. Sekiranya jodoh yang sampai itu bersesuaian, maka bolehlah terus langsungkan pernikahan. Namun sekiranya yang datang itu bukan pilihan di hati, perkahwinan itu tetap tidak boleh dipaksa.
Sekiranya ajakan untuk berkahwin ditolak, terima sahajalah dengan hati terbuka. Bagaimanapun, satu kejadian di Pakistan ini menyaksikan bagaimana seorang wanita di bunuh gara-gara menolak ajakan untuk berkahwin daripada seorang lelaki. Memang tak terbayang nyawa kita boleh melayang hanya sebab menolak pelawaan untuk berkahwin.

Menurut laporan, mangsa merupakan graduan graduan undang-undang dari Universiti Middlesex United Kingdom (UK), dikenali dengan nama Mayra Zulfiqar. Sebelum kejadian, lelaki tersebut dikatakan telah memecah masuk ke rumah mangsa lalu menembak mati mangsa. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu berpunca daripada rasa tidak puas hati lelaki tersebut kerana cintanya ditolak.
Baca juga: Rakam Dan Bunuh, Pembunuh Sadis Ini Ditangkap Ketika Mencuri
Mayra, 26 tahun, dikatakan menetap di UK sebelum ini dan tiba ke negara Pakistan dua bulan lalu untuk menghadiri sebuah jemputan majlis perkahwinan. Dua juga dilaporkan bakal bekerja di firma guaman, Duncan Blackett. Kehidupannya bagaikan sudah teratur di negara itu, namun semua itu tidak dapat diteruskan lagi.

Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa mati ditembak dan kesan parut ditemukan pada mayatnya. Dalam pada itu, dokumen mahkamah yang difailkan bapa saudaranya mendakwa dua rakan mangsa cuba memaksanya berkahwin dengan mereka namun dia menolak. Malah, anak saudaranya juga yang menziarahi rumah terbabit dua hari sebelum insiden berdarah itu mengadu bahawa ada dua lelaki mengugut dan mengasari mangsa.
Tidak cukup dengan mengkasari mangsa, akhirnya lelaki terbabit bertindak membunuh mangsa. Pegawai Balai Polis Lahore, Qasim berkata, terdapat kesan tembakan pada bahu wanita itu. Bagaimanapun, punca kematian hanya akan diketahui selepas laporan forensik dan bedah siasat selesai. Buat masa ini, tiada sebarang tangkapan dibuat.
Baca juga: Kenapa Malcolm X Dibunuh? Ini Kisah Kontroversi Kematiannya…
Sumber berita: Harian Metro