Di Malaysia kita boleh jumpa pelbagai jenis buah-buahan tempatan untuk kita nikmati. Beruntungnya! Namun, lain pula kisah di Somerset, England apabila seorang wanita terkejut menemui sebiji pisang gergasi dengan panjang menyamai lengannya ketika mengemas barangan dapur yang dibeli ibunya baru-baru ini.
Wanita bernama Sam Palmer berkata, ibunya tidak perasan saiz pisang tersebut sehingga Sam mengeluarkan barangan dari plastik yang dibeli ibunya untuk mengemas. Tambahnya, saiz pisang tersebut dianggarkan berukuran 30 sentimeter itu dibeli di sebuah pasar raya tempatan, Morrisons.
Menurut ibunya, dia pelik apabila anaknya bertanya apa benda besar dan panjang yang dibelinya. Mereka berdua ketawa bila melihat saiz pisang tersebut kerana pada mulanya si ibu beranggapan saiznya tidaklah begitu besar ketika dibeli di pasar raya.
Menurut laporan, pisang tersebut dikatakan mempunyai isinya lebih tebal dari isi saiz pisang biasa. Sam berkata pisang tersebut paling besar pernah dia temui. Dia juga sangat kagun dengan saiznya yang tiga kali ganda daripada pisang biasa di beli atau pernah lihat.
Bila ditanya mengenai rasa pisang tersebut, Sam menerangkan bahawa rasa pisang tersebut lebih sedap dan ia merupakan pisang tebaik yang pernah dia makan. Tindakan Sam untuk mengambil gambar pisang tersebut kerana mahu menjadikan ia kenangan kerana bila lagi dapat jumpa pisang bersaiz besar seperti itu.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Budaya² Makan Pelik Yang Wujud Di Dunia
Jenis² Fobia Pelik Yang Mungkin Anda Miliki Tanpa Sedar…
Sumber: Mirror
Post comments (0)