Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Wei Mak Dah Mati Ni, Aku Sempat Ambil Nombor Pin Mak..” Tergamak Si Anak Tuntut Duit Jaga Mak Di Hospital

today4 June 2021

Background

“Wei, mak dah mati ni. Sebab aku yang jaga mak kat wad, duit mak RM6,000 kena transfer aku. Aku sempat ambil no pin mak,”

Itulah salah satu ayat yang keluar daripada seorang anak yang baru sahaja kematian ibunya yang merupakan salah seorang pesakit Covid-19. Apabila seseorang kematian insan tersayang, selalunya perasaan sedih dan duka menyelubungi diri sehinggakan dunia akan terasa gelap. Bagaimanapun, inilah realiti yang terjadi di kalangan kita masyarakat di Malaysia. Tindakan seorang anak menuntut wang sebanyak RM6,000 daripada akaun bank milik arwah ibunya telah mengejutkan seorang petugas barisan hadapan yang berada dalam situasi kejadian.

Menerusi sebuah perkongsian oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama pangkal @hypePeep mendakwa kejadian itu berlaku di dalam sebuah wad selepas wanita berusia 96 tahun itu menghembuskan nafas terakhir. Difahamkan, si anak yang juga positif Covid-19 duduk sekali bersama ibunya di wad yang sama memandangkan ibunya sudah lanjut usia dan inilah masanya si anak boleh berkhidmat menjaga si ibu sehingga akhir hayatnya.

Artikel menarik lain: “Bo**h Dan Memalukan..” – Ketawa Gembira Ahli Keluarga Positif Covid-19, Chef Wan Tempelak Gadis Ini

Tambah @hypePeep, selepas dua hari si ibu dipakaikan bantuan oksigen paling tinggi, akhirnya si ibu dijemput Ilahi. Pada mulanya agak berat untuk dia menyampaikan berita si ibu sudah tiada kepada anaknya namun hasil perbualan yang dia terdengar oleh si anak membuatkan dia berasa hairan bagaimanakah si anak tergamak meminta ibunya nombor pin akaun bank di saat akhir si ibu terlantar di atas katil?

Perkongsian cerita benar ini telah menerima lebih pelbagai reaksi dan respond daripada pengguna Twitter yang lain. Ada juga yang sempat persoalan adakah kisah yang dikongsikan itu sekadar rekaan semata-mata dan kononnya ia dibuat oleh golongan anti-vaksin. @hypePeep kemudiannya terus menegaskan bahawa dirinya sudah mengambil dua dos lengkap suntikan vaksin Covid-19. Dia juga sempat menyatakan bahawa sebenarnya terdapat pelbagai lagi kerenah manusia yang tidak masuk dek akal di dalam wad yang tidak perlu didedahkan.

Ada juga seorang pengguna Twitter menjelaskan bahawa sebenarnya kisah seperti ini ada dalam kalangan masyarakat kita malah ada yang lebih menakutkan. Apa pun, semoga kita semua dijauhkan daripada situasi seperti ini dan berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka ada. Hilangnya mereka tiada ganti!

Baca juga: “Comel Dan Lawanya” – Kongsi Gambar Santai Bercuti Tanpa Pelitup Muka, Ramai Puji Kecantikan Dr Amalina

Sumber: Twitter @hypePeep

Written by: Adinna


Previous post