Selain dari buah-buahan tempatan, Malaysia juga kaya dengan pelbagai jenis kuih muih dan karipap adalah salah satu kuih yang sering dijual untuk dijadikan hidangan sarapan dan minum petang. Namun, tidak semua kondisi karipap memuaskan hati netizen lebih lagi jika ia adalah ‘karipap angin’. Situasi ‘karipap angin’ ialah inti karipap tersebut terlalu sedikit dan selebihnya adalah angin sahaja. Untuk peminat setia kuih karipap, mereka mungkin akan rasa ‘karipap angin’ itu menyakitkan hati tapi kalau tersalah inti karipap pun boleh buat hati geram ya.
Situasi yang menimpa seorang lelaki, Syed Amirul Edros ini telah menarik perhatian warganet. Menerusi perkongsiannya di Twitter, Syed Amirul telah ceritakan satu kisah karipap yang telah melanda dirinya. Kisah tersebut telah mendapat hampir 15 ribu tanda suka dan hampir 8 ribu retweets. Mungkin ramai warganet turut memahami situasi tersebut.
Difahamkan, Syed Amirul telah ke sebuah kedai dan terlihat karipap yang sudah siap dibungkus dengan tulisan ‘S’ pada kotak karipap. Lalu dia bertanya kedai penjual di kedai itu adalah itu karipap sardin dan peniaga tersebut mengiyakan pertanyaannya itu siap sempat ‘ajar’ Syed amirul cara mengeja ‘Sardin’. Tanpa melengahkan masa, Syed Amirul terus membeli karipap sardin tersebut.
Masuk kedai makan, nampak karipap siap dipacking 4 ketul. Ada tulisan S pada kotak karipap. Aku tanya pekedai, karipap sardin ke ni. Dia kata ye bang, eja sardin kan S.A.R.D.I.N. Aku beli. Bukak kotak karipap dalam kereta, empat empat kentang. Terbayang muka pekedai eja sardin.
— Syed Amirul Syed Edros (@syedamiruledros) February 27, 2021
Syed Amirul bagaimanapun terkejut dan terkilan selepas membuka kotak karipap yang dibelinya tadi di dalam kereta kerena keempat-empat adalah karipapa kentang dan Syed terus terbayang muka peniaga tersebut yang mengajarnya eja sardin sebelum ini. Kecewa dengan situasi tersebut, Syed berkata:
Kalau betullah ada titan di muka bumi ni, aku harap titan makanlah semua pekedai yang kaki mislead.
Netizen kemudiannya juga sempat meninggalkan komen yang mencuit hati seperti mungkin S itu adalah untuk saiz karipap dan bukannya merujuk akan inti karipap. Apa yang lebih menarik ialah apabila ramai sebenarnya yang pernah mengalami nasib yang sama. Situasi seperti ini sering berlaku kepada orang ramai kerana mungkin disebabkan inti karipap di bahagian dalam, jadi agak sukar nak membezakannya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Kata Nak Ambil Duit, Sampai Ke Sudah Tak Ada..” – Pekerja Grab Kena Scam
Guru wanita kerugian RM115,000 ditipu sindiket Macau Scam
Sumber: Twitter @syedamiruledros