Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Aina Abdul Dedah Makna Sebenar Di Sebalik Busana Yang Dikenakannya Semasa Persembahan AJL 35

today15 March 2021

Background

Ada yang masih tak boleh lupakan ke persembahan dari para finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 semalam? Memang rata-rata tampilkan persembahan memukau. Namun antara yang menarik perhatian wargamaya adalah busana yang diperagakan oleh Aina Abdul sewaktu membuat persembahan. Ramai yang kata ianya nampak unik, namun dalam keunikan tersebut sebenarnya ada maksud tersirat di sebaliknya. 

Menerusi perkongsian di Instagram Aina Abdul, busana tersebut sebenarnya mengiringi makna bagi setiap bait-bait lirik dalam lagu Semalam. Nampaknya bukan biasa-biasa busana yang dipakai Aina sebab ia secara tak langsung menceritakan maksud tersirat disebalik lagu yang disampaikannya itu. 

Dari Topi Dah Ada Makna Disebalik Lirik

Kata Aina, topi yang dipakainya itu direka menjadi bentuk seperti sebuah tempat tidur seorang bayi atau kanak-kanak kecil yang ada bersama-sama wanita dalam lagu tersebut sewaktu berlakunya kisah ‘Semalam’. Apa yang unik adalah ia merupakan interpretasi lirik tertentu dalam lagu itu. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Sementara itu, jaket bersiluet besar yang kelihatan sarat itu pula menggambarkan kisah penderitaan yang dialami oleh wanita itu. Menurut penjelasan dalam hantaran itu, ia adalah  interpretasi seni reka fesyen terhadap lirik “diri ini bagai daun gugur”. Ditambah pula dengan warna hitam yang melambangkan daun tersebut sudah tua dan layu. 

“Parachute atau payung terjun dipilih sebagai elemen terbesar dalam reka bentuk busana Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu 35 bagi melambangkan imej daun gugur yang ditiup angin,” tulis Aina mendedahkan kepada para peminat makna disebalik busana dipakainya itu. 

Dengan pemakaian busana yang penuh dengan makna-makna tersirat itu, ramai yang puji persembahan memukau Aina Abdul pada malam semalam. Hasilnya, lagu Semalam ciptaan Aina Abdul sendiri memenangi tempat kedua di AJL35. Tahniah buat Aina dan selamat berkarya untuk industri muzik tanah air. 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Nabila Razali Mohon Maaf ‘Terkucil’ Semasa Persembahan AJL35, Rakan Artis Dan Netizen Tetap Beri Kata Semangat

“Siapa Jaga Siapa Ni?” – Gambar Terbaharu Anak Eyra Hazali Undang ‘Kegeraman’ Netizen

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Daya maju MR. D.I.Y. ketika pandemik

PERUNCIT perkakasan rumah, MR. D.I.Y. memilih untuk disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada Oktober lalu, ketika ekonomi domestik bergelut dengan pandemik Covid-19. Langkah berani itu mendatangkan kejayaan besar buat syarikat, dengan tawaran awam permulaannya berjaya menjana RM1.5 bilion daripada pelabur runcit dan institusi, sekali gus mencerminkan keyakinan serta sentimen positif terhadap perniagaannya. Dalam suasana norma baharu dan letusan segmen e-dagang, MR. D.I.Y. dilihat... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today15 March 2021