Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Akan Perbaiki, Sentiasa Ada Peningkatan,” – Ulasan Nabila Razali

today15 March 2021

Background

Malam semalam kecoh dengan komen selepas penyampaian lagu Peluang Kedua dari penyanyi, Nabila Razali apabila dia  terkucil bahagian not penting pada malam pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Nasib tidak menyebelahi dirinya membuatkan ramai rakan artis memberi sokongan serta kata positif pada Nabila Razali walaupun ramai warganet memberi komen yang negatif kerana tidak cukup hebat untuk berada di finalis AJL35.

https://twitter.com/BangBadut_/status/1371127415435489294

Biarpun menerima kritikan yang hebat dari warganet di media sosial. Nabila atau lebih mesra Bella tenang memberi ulasan.

Menurutnya, walaupun malam tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang tapi dia tetap bersyukur dan gembira dengan apa yang persembahkan.

“Bella dah cuba yang terbaik dan Bella harap mereka di luar sana dapat rasa emosi yang Bella sampaikan pada persembahan Bella,” jelasnya.

Dalam pada masa yang sama juga, dia turut mengakui dia sudah mengecewakan sesetengah pihak atas kesalahannya dan dia juga berterima kepada rakan seperjuangannya, Hael Husaini yang menolak dirinya ke peringkat akhir.

Of course saya akan perbaiki. Sentiasa akan ada ruang untuk tingkatkan tapi bagi saya itu dah cukup terbaik sebab sebelum ni Bella tak sangka boleh sampai ke tahap ini,” ulasnya lagi.

Apa pun, kami harap Bella tidak putus asa atas kesilapan pada malam semalam. Manusia tidak sempurna dan pasti ada hikmah.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Nabila Razali Mohon Maaf ‘Terkucil’ Semasa Persembahan AJL35, Rakan Artis Dan Netizen Tetap Beri Kata Semangat

“It’s About Time Kita Stop Bayar Yuran Sekolah” – Nabila Huda

 

 

 

 

Sumber: facebook

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Elfie Beauty bangunkan jenama – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Minat dalam bidang kecantikan sejak remaja telah merealisasikan impian Pengasas Elfie Beauty, Rubama Arpan untuk membuka sebuah pusat penjagaan kecantikan di ShahAlam, Selangor pada awal tahun 2019. Premis yang dijadikan pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan kecantikan dan kesihatan dari kepala hingga ke hujung kaki itu memperlihatkan hasil titik peluh wanita berusia 35 tahun tersebut dalam membina jenama di dunia perniagaan yang semakin mencabar. Beliau yang selesa... Klik […]

today15 March 2021