Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Aku Tanpa CintaMu Versi 2021? Wah Nampaknya Mirwana dan Faizal Tahir Bakal Berkolaborasi Semula

today6 April 2021

Background

Bila sebut pasal lagu-lagu nasyid ni, mesti ramai pembaca Kool yang mengimbau kenangan-kenangan masa lalu kan? Sudah tentu ada yang pernah membuat persembahan nasyid ketika di bangku sekolah bersama rakan seperjuangan. Momen indah yang sukar untuk dilupakan tu. Antara kumpulan-kumpulan nasyid yang terkenal di Malaysia ni ialah Raihan, Hijjaz, Rabbani, Inteam, Mirwana dan lain-lain lagi. Lagu nasyid ini cukup terkenal kerana banyak menyelitkan mesej yang berunsur keagamaan, ketuhanan dan kerohanian yang sebenar menerusi bait-bait lirik yang indah.

Suatu ketika dahulu, lagu Aku Tanpa CintaMu nyanyian kumpulan Mirwana cukup terkenal dan menjadi siulan para peminat mereka. Menjelang 2021, lagu nasyid hit ini akan diperbaharui dan istimewanya kali ini, Mirwana akan berkolaborasi semula bersama penyanyi lagu Ragaman, Faizal Tahir. Umum mengetahui bahawa Faizal pernah menggangotai kumpulan nasyid Mirwana dahulu. Namun, beliau mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut dan meneruskan perjuangan sebagai seorang penyanyi secara solo. Wah, peminat Mirwana dan Faizal mesti dah tak sabar nak tunggu lagu Aku Tanpa CintaMu 2021 ke ruangan udara kan?

Meninjau di ruangan komen akaun media sosial Mirwana dan Faizal, rata-rata peminat mereka tidak sabar untuk menanti lagu keluaran Aku Tanpa CintaMu versi 2021 ini. Ada di kalangan mereka yang telah lama menanti mereka untuk berkolaborasi semula. Ada juga yang hampir mengalirkan air mata atas berita yang sangat menarik ini. Seronok ya! Terubat rindu peminat-peminat Mirwana dan Faizal lepas ni.

 

Akhirnya, selepas 17 tahun kolaborasi hebat ini akan bergandingan semula. Sama-sama kita nantikan lagu Aku Tanpa CintaMu versi 2021 ini ya. Ha, selain lagu Aku Tanpa CintaMu, lagu nasyid kumpulan Mirwana apa lagi yang anda suka dengar?

Penulis: Aqilah Paharuzi

Baca juga artikel menarik lain:

“Tak Perlu Bandingkan Cara Kerja Saya Di Dunia Hiburan & Business” – Tokti Beri Teguran Kepada..

“Another Level of IG Story” – Nabila Razali Raih Perhatian Wargamaya

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Tutorial Video Masakan Korea Guna Bahasa Alien

Hasil daripada tinjauan ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen berasa geram dan marah dengan video yang ditonton oleh mereka itu. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun meraih lebih 3K retweets, 500 quote retweets dan 1K like di Twitter.Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di media sosial:

today6 April 2021