Tidak dinafikan anak muda generasi Z sememangnya lebih peka dan bijak menggunakan teknologi. Hal ini adalah kerana mereka lahir dalam era ketika teknologi semakin berkembang dan boleh dikatakan semua yang berada di sekeliling mereka kini adalah hasil daripada penggunaan teknologi. Oleh kerana itu, mereka ini lebih cekap menggunakannya kerana sudah diajar dari kecil malah, jika dilihat anak muda kini cepat belajar perkara-perkara baharu.
Lagilah jika mereka minat kepada sesuatu, mereka akan cuba teroka bidang itu sehingga nampak hasilnya. Dalam zaman ini hampir semua perkara boleh dipelajari di YouTube. Kadang-kadang anak-anak muda ini boleh jadi lebih hebat dari orang dewasa apabila mereka benar-benar minatkan sesuatu.
Baru-baru ini tular beberapa buah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter. Katanya, anaknya Hamka belajar menggunakan software Premier Pro melalui YouTube dan hasilnya sangat mengagumkan. Dia kongsikan antara suntingan yang pernah dibuat dan ternyata semuanya memukau setiap yang melihat.
My son, Hamka and his Premier Pro. He learned it himself via tutorial on Youtube. Tahun depan confirm dia lagi terer vfx daripada aku ?
(other videos in this thread ??) pic.twitter.com/rmgkoeDxex— Arif Rafhan (@ArifRafhanDraw) June 21, 2021
Kanak-kanak yang berusia 10 tahun ini menggunakan editing skill yang dia pelajari sendiri dan cuba meniru aksi-aksi yang menggunakan kesan visual VFX yang ada di dalam filem-filem superhero. Sangat mengagumkan untuk anak yang seusia ini. Kata ayahnya, Arif Rafhan yang bekerja sebagai Artis Visual & Komik, dia yakin tahun hadapan Hamka pasti mempunyai kemahiran menghasilkan kesan visual VFX yang lebih hebat daripadanya.
Meninjau ke ruangan balas, rata-rata terpegun melihat hasil suntingan yang dilakukan adik Hamka. Ada yang berkata mereka pun tidak mampu buat sepertimana adik Hamka lakukan. Sememangnya kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan satu suntingan visual dengan effect yang bagaikan “real” adalah sangat sukar.
Seseorang yang melakukannya perlu ada minat yang tinggi kerana kalau tidak pasti tidak berhasil. Ia memerlukan kesabaran dan kesanggupan untuk belajar yang sangat tinggi kerana video 3D yang kita lihat beberapa saat ini sebenarnya memerlukan masa berjam-jam untuk disunting.
Memang salute lah adik Hamka. Ramai yang memujinya dan berkata bahawa Hamka mampu pergi lebih jauh dengan bakat dan kesungguhan yang dia ada. Apa pun kita doakan agar Hamka dapat teruskan minat ini dan pupuknya menjadi lebih hebat satu hari nanti.
Baca juga: Tular Pasangan Suami Isteri Upah Pengawal Dan Anjing Jaga Pokok Mangga Bernilai Hampir RM20 Ribu
Sumber: Arif Rafhan