Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Saya Akan Menjalani Rutin Berpantang Seperti Biasa Dan Fokus Kepada Bayi..” – Tokti Dihujani Doa Ramai Supaya Cepat Sembuh

today20 April 2021

Background

Semalam negara digemparkan dengan berita gembira kehadiran cahaya mata kedua Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti. Perkongsian berita gembira ini telah dikongsi secara umum oleh TokTi di Instagram rasminya. Asyraf Jiwa Khalid, iaitu anak tiri kepada Tokti ada berkongsikan gambar adik lelakinya itu menerusi akaun Instagramnya. Rata-rata terpesona dengan wajah baby baharu Tokti, nampak sihat dan comel betul.

Artikel yang berkaitan: “Baby Nampak Sihat” – Asyraf Khalid Kongsi Gambar Adik, Peminat Teruja Dapat Melihat Wajah Anak Lelaki Tokti

Terbaru, Tokti berkongsikan gambar bayi lelakinya itu memegang erat tangannya. Walaupun tak nampak wajah baby tetapi dapat tengok tangan kecil kemerah-merahan ini pun dah mampu buat hati luluh dan lemah.

Tokti melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu menerusi kaedah pembedahan. Hari ini Tokti mengumumkan  bahawa dia akan berpantang seperti biasa dan kini dia ingin memberikan sepenuh perhatian buat bayi lelakinya.

“Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi..”

Dalam perkongsiannya, Tokti sekali lagi mengucapkan rasa syukur yang teramat kepada penyokong dan semua pihak yang tak henti-henti menitipkan doa yang baik-baik buatnya.

“Saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian..”

Begitulah kata Tokti yang tak henti dari mengucapkan terima kasih. Tokti benar-benar bersyukur dengan nikmat dan peluang yang diberikan kepadanya untuk menimang seorang lagi cahaya mata. Jelas Tokti lagi, proses kelahiran berjalan dengan lancar dan semuanya berada dalam keadaan yang baik.

Kita doakan Tokti segera pulih dari luka pembedahan dan semoga perjalanan berpantang Tokti dan baby lancar dan dapat dijadikan antara kenangan manis untuk diimbau.

Artikel yang berkaitan: Tahniah! Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Sumber: Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Written by: Danisyah Dalily


Previous post