Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Bagus Jaga Batas!” Warganet Puji Tindakan Suami Elak Dipeluk ‘Minie Mouse’ Yang Sebenarnya Si Isteri

today24 March 2021

Background

Setiap orang mahukan yang terbaik buat pasangan mereka termasuklah pasangan ini. Bagi meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, seorang wanita berpakat dengan perancang perkhidmatan penghantaran hadiah untuk membuat kejutan di tempat kerja lelaki itu. Perancang kejutan tersebut yang dikenali sebagai Mass memuat naik beberapa perkongsian video di akaun TikTok memaparkan detik romantis pasangan suami isteri itu sehingga meraih pujian ramai.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Mass menunjukkan usahayang sangat gigih mengenakan kostum ‘Minnie Mouse’ untuk membuat kejutan untuk suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dipercayai di Alor Setar. Tindakan suaminya juga telah meraih perhatian warganet yang menyatakan sang suami sangat menjaga batasnya.

@d_mass

Alhamdulillah job hri… 19.3.2021

♬ Christina Perri Jar Of Hearts Mix By DJ Cantik – SUGI_bfon21

Jelas di dalam video tersebut, Minnie Mouse berkenaan membuat aksi  mahu memberi pelukan kepada lelaki itu sebagai tanda penghargaan selepas menghulurkan jambangan bunga duit dan belon. Namun, pelukan Minnie ditepis si suami mungkin kerana tidak mengetahui siapa gerangan individu yang memakai kostum tersebut.

@d_mass?????❤️Bila wife suprise husband?????

♬ Diam Diam Menyukaiku – wawanawe26

Si suami kemudiannya membuka kepala kostum sebelum terkejut dan terharu melihat usaha Mass yang terpaksa menahan panas bagi melakukan kejutan penuh bermakna itu. Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur di mana rata-rata memuji lelaki tersebut yang tahu menjaga batas sebagai seorang suami selain mendoakan agar pasangan itu bahagia hingga ke syurga. Menerusi rakaman video berkenaan, kelihatan si isteri gigih mengenakan kostum ‘Minnie Mouse’ demi menjayakan kejutan untuk suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dipercayai di Alor Setar.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

[VIDEO] “Macam Suami Isteri” – Gelagat Oyen Setia Tunggu Sampai Tuan Tidur Buat Ramai Cair

“Ceraikan Daripada Berkongsi ‘Bebola’..” Dr Say Sarankan Suami Isteri Lebihkan Sesi Luahan Hati

 

 

 

 

Sumber: TikTok @d_mass

Written by: Adinna


Previous post