Selalunya majikan jarang membuat acara ringkas untuk menyambut hari jadi tukang gaji. Paling tidak pun, diberi cuti sehari untuk memberi kebebasan sempena ulang tahun hari jadi.
Tapi tidak pada pelakon jelita, Eina Azman apabila berkongsi sebuah video pendek ketika menyambut hari jadi tukang gaji di sebuah kedai makan.
Apa yang menjadi perhatian ramai lagi adalah hadiah yang dari pelakon drama TV3, Doaku Mohon itu memberi seutas rantai kerana rantai sebelum ini sudah putus.
View this post on Instagram
Seperti biasa, ramai pengikut Eina Azman menghujani ruangan komen dengan memuji kebaikkan yang ditunjukkan.
Malah, ada juga yang menawar diri untuk menjadi tukang gaji Eina kerana mungkin ingin mendapat rantai. Hiks, macam-macam netizen ni!
Semoga sikap murah hati Eina Azman ni dibalas dengan kebaikkan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Izara Aishah Tempelak Instafamous Jadi Pelakon, Perjelas Ciapan Tiada Kaitan Dengan Sharifah Rose
Keluarga Dari ‘Kayangan’ Tawar Gaji RM379,830 Untuk Jadi Pengasuh
Sumber: instagram