Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Bapak Siapa Sang**p ni? Sila Kutip!” – Netizen Berang Heliza Helmi Terima Komen Lucah

today25 May 2021

Background

Acap kali kita mendengar isu mengenai segelintir selebriti tanah air yang menerima komen, gambar dan video berunsur lucah di laman sosial milik mereka. Sebelum ini, tular sebuah video aksi tidak senonoh seorang lelaki memuaskan nafsu dengan menggunakan gambar penyanyi Wany Hasrita. Terbaru, seorang anak penggiat seni yang memperjuangkan agama, Nur Heliza Helmi atau lebih mesra disapa Heliza turut menerima komen berbaur lucah dek kerana sebuah artikel yang dikongsikan oleh netizen di laman Facebook Kaki Viral.

Umum mengetahui Heliza merupakan seorang selebriti yang tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kontroversi mengenai dirinya, namun baru-baru ini nama Heliza hangat menjadi perbualan orang ramai di aplikasi Twitter apabila soal ‘menamatkan zaman bujangnya’ itu mula dikaitkan dengan perkara berunsur lucah. Artikel yang ditulis oleh sebuah portal media hiburan itu, menceritakan mengenai Heliza yang wajar menjadi ikon belia Islam kerana tidak kemaruk soal cinta dan jodoh.

Baca juga: “Ada Yang Beri Saya Gambar Anu..” – Farahdhiya Minta Berhenti Hantar Mesej Lucah Dan Ceroboh Privasi Dirinya

Ciapan yang tular di media sosial itu telah mengundang amarah netizen apabila si pelaku berani meninggalkan komen yang ‘menjijikkan’ itu di ruangan komen posting di Facebook tersebut. Menerjah di Twitter, rata-rata daripada netizen kesal dengan tindakan si pelaku itu yang seolah-olah tidak menghormati peribadi Heliza yang sopan serta banyak memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap isu Palestine. Ramai juga dalam kalangan mereka yang turut meluahkan rasa terkilan serta mempersoalkan adakah isu pakaian seseorang wanita masih menjadi punca mereka dirogol?

Bagaimanapun, pihak Heliza tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menjawab isu yang tidak mempunyai faedah ini. Semakin lama semakin pelik karakter orang zaman sekarang ini yang seolah-olah tidak berasa malu untuk memuat naik komen sedemikian rupa. Tidak sedarkah mereka bahawa tindakan mereka itu hanya akan membawa padah kepada diri sendiri? Sama-samalah kita mendoakan agar segelintir lelaki seperti ini berubah.

Baca juga: “Kita Guna Bahasa Sam4r Sam4r..” Heliza Helmi Guna Bahasa ‘F’ Untuk Elak Perkongsian Disekat

Penulis; Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post