Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Baru Belajar Mandarin 14 Jam Tapi Keisha Dah Fasih, Mengagumkan!

today16 June 2021

Background

Antara kemahiran yang ramai orang ingin kuasai tentunya adalah kemahiran penggunaan bahasa asing atau jika di sekolah selalunya ia dipanggil bahasa kedua atau ketiga. Dalam dunia ada pelbagai jenis bahasa yang digunakan dan ia bergantung kepada negara, bangsa atau suku kaum tertentu. Contohnya di Malaysia, kita ada 4 jenis bahasa yang sering digunakan oleh rakyat seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin dan juga Tamil. Memahami bahasa asing sebenarnya sangat menyeronokkan dan ia juga dapat memberi manfaat kepada individu tersebut. Tak ramai orang boleh mengusai pelbagai jenis bahasa asing dalam jangka waktu yang cepat tetapi ianya tidaklah mustahil.

Baca juga: Dikenalpasti Dijangkiti Dari Kilang, Anak Saudara Datin Alyah Ditidurkan Kerana Positif Covid-19

Sebelum ini, pelakon hebat Nabila Huda terbuka mengatakan bahawa dia tidak berpuas hati dengan pengendalian di sekolah sejak PKP dijalankan tahun lepas. Oleh itu, dia bertekad untuk menyekolahkan anaknya, Keisha di rumah sahaja atau “homeschool“. Dia mengupah beberapa orang guru untuk mengajar anaknya mata pelajaran asas di rumah termasuklah kelas tambahan bahasa asing seperti Mandarin. Abil dilihat sangat supportive sepanjang Keisha menyesuaikan diri belajar di rumah malah, ada ketikanya dia akan ikut sekali belajar bersama dengan Keisha.

Terbaru, Abil ada berkongsikan video Keisha bertutur dalam bahasa Mandarin bersama gurunya. Semua yang melihat kagum sangat dengan Keisha kerana pertuturannya lancar malah sebutannya juga tepat. Apa yang lebih mengejutkan, Keisha baru sahaja belajar Mandarin selama 14 jam. Boleh dikatakan satu jangka masa yang pendek tapi Keisha dah fasih menggunakannnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Abil juga turut kongsikan markah ujian Mandarin Keisha. Ternyata, memang Keisha dah boleh kuasai bahasa ini. Markah yang diperolehinya tinggi, dari segi tulisan mahupun percakapan kedua-duanya mendapat ulasan yang sangat bagus daripada gurunya. Guru Keisha turut berkata bahawa Keisha adalah kanak-kanak yang bersemangat, mahu belajar dan berkeyakinan tinggi.

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan. Keisha memang ikut Mummy sangat. Bangga betul Abil dengan anaknya. Abil turut menggalakkan supaya ibu bapa di luar sana untuk turut hantar anak mereka belajar bahasa asing kerana ianya sangat bermanfaat buat mereka nanti.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata memuji Keisha bercakap dalam Mandarin. Bijak dan cepat dia belajar sehingga ia menjadi inspirasi kepada orang lain untuk turut sama mengambil kelas bahasa asing. Best kan bila dapat belajar perkara baru ni? Apa pun kita doakan semoga Keisha dapat terbang lebih tinggi lagi.

Baca juga: Achey Sedia Melakukan Apa Saja Untuk Ibunya Yang Sakit

Sumber: Nabila Huda

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Lifestyle

Rakyat Perlukan ‘Kerajaan Sementara’ Yang Telus, Dipercayai- Johari Ghani

Saban hari kita dikejutkan dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam negara yang makin membimbangkan. Walaupun telah berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 secara ‘total lockdown’ dan disambung lagi, kadar penurunan kes masih lagi samar. Perkara ini juga memberi impak yang tinggi kepada rakyat khususnya golongan B40 dan M40 yang secara majoriti berdepan dengan masalah […] Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan rakyat kini memerlukan sebuah kerajaan sementara yang telus […]

today16 June 2021