Bagi setiap keluarga, apabila tiba hari kelahiran ahli keluarga yang lain, pasti akan ada sambutan walaupun hanya kecil-kecilan sahaja. Lain keluarga, lain cara sambutannya. Kalau anak-anak masih kecil, ibu bapa gemar untuk sambut hari kelahiran anak mereka yang kecil itu dengan meriah.
Bila anak dah besar sedikit, giliran anak pula buat sambutan hari kelahiran mak dan ayah. Tapi kalau anak-anak masih bersekolah dan tak ada bajet nak belikan hadiah atau kek, kenalah cari cara kreatif lain untuk tunjukkan penghargaan buat mak dan ayah pada hari kelahiran mereka.
View this post on Instagram
Itulah apa yang dilakukan oleh anak pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini pada hari kelahirannya baru-baru ini. Dalam perkongsian video di Instagram miliknya, anak Rita iaitu Airit Qaqa Arjuna dilihat menghadiahkan ibunya sebentuk cincin. Bukan calang-calang cincin, tetapi cincin yang yang dihasilkannya sendiri menggunakan kertas.
Selain cincin, Arjuna juga menghasilkan lukisan kek serta kartun pada kertas sebagai ucapan ulangtahun kelahiran ibunya yang ke-45 itu. Arjuna kemudian menyarungkan cincin yang dihasilkan itu ke jari ibunya. Memang kreatif sungguh Arjuna. Dalam pada itu, abang kepada arjuna pula, iaitu Airit Rayyan Rizqin, memberikan hadiah kad ucapan yang turut dihasilkan sendiri secara kreatif.
View this post on Instagram
Sampai menangis Rita dibuatnya apabila membaca kad ucapan daripada Rayyan. Sementara itu, wargamaya yang lain turut terharu melihat kebaikan anak-anak Rita menghasilkan hadiah buat ibu mereka yang tercinta. Ramai juga yang kata Arjuna sweet sebab buatkan cincin untuk ibunya. Apa-apa pun, selamat ulangtahun kelahiran ke-45 buat Rita Rudaini, dan semoga terus sukses dalam apa jua kerja yang dilakukan.
Baca juga: [VIDEO] Lebih 1.9 Juta Tontonan, Gadis Ini Ajar Cara Cuci Buah Kurma Untuk Buang Ulat