Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Betul Ke Syaitan Diikat Sepanjang Bulan Ramadan?

today23 April 2021

Background

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa buat umat Islam. Kalau diikutkan pada sirah nabi, ayat-ayat pertama Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Ganjaran pahala pula lebih besar bagi setiap kebaikan yang kita lakukan. Tambahan lagi, setiap kali bulan Ramadan, banyak perkara-perkara yang berdosa ditinggalkan dan hanya amalan yang membawa kepada ganjaran pahala je yang dilakukan.

Sejak dari kecil memang kita dah diberitahu bila masuk bulan Ramadan, syaitan-syaitan akan diikat dan tidak boleh menghasut manusia melakukan perkara yang jahat. Mungkin sebab tu ada di antara kita yang berubah jadi baik bila masuk bulan Ramadan, sebab tak ada suara-suara jahat yang menghasut. Masyarakat Melayu yang percaya kuat dengan kewujudan hantu pun yakin yang bulan Ramadan tak akan ada hantu yang terlihat. Tapi kalau syaitan diikat kenapa masih ada gangguan makhluk halus dan berlaku maksiat di bulan Ramadan?

Baca juga: Cepat Rasa Dahaga Semasa Berpuasa? Cuba Cara Ini Untuk Elak Dehidrasi

Tak Semua Syaitan Diikat

Menurut penjelasan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang dimuat naik dalam bentuk artikel, gangguan makhluk halus masih boleh terjadi di dalam bulan Ramadan. Syaitan yang diiikat atau dibelenggu adalah syaitan yang besar atau kuat sahaja, manakala selebihnya masih ada. Tambahan lagi, apabila syaitan-syaitan ini diikat ia bermaksud mereka tidak bebas menggoda orang-orang yang beriman berbanding bulan-bulan lain.

Image via:https://www.boombastis.com/

Itulah maksud utama bila kita sebut syaitan diikat sepanjang bulan Ramadan. Sebenarnya gangguan makhluk halus pun masih boleh terjadi di bulan Ramadan. Gangguan atau godaan syaitan boleh dielakkan dengan memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramadan seperti membaca Al-Quran, berzikir dan lain-lain ibadah.

Terdapat juga terjemahan lain tentang maksud syaitan diikat, iaitu para syaitan tidak dapat memberi godaan kepada umat Islam seperti bulan-bulan lain kerana umat Islam itu sendiri yang sibuk dengan ibadah berpuasa yang berperanan melemahkan nafsu.

Masih Bermaksiat Di Bulan Ramadan?

Selama 11 bulan syaitan mendidik kita untuk melakukan maksiat. Bila tiba bulan Ramadan, syaitan tak ada kuasa untuk goda kita dan apa yang kita lakukan adalah berpandukan nafsu kita sendiri. Jadi agak sukar juga untuk kita meninggalkan perkara-perkara yang jelik semasa bulan Ramadan sebab dah terbiasa melakukannya dalam bulan-bulan yang lain.

Image via:https://www.ideapers.com/

Contohnya kalau kita gemar membawang dan mengata belakang orang pada bulan-bulan lain, bila masuk bulan Ramadan kita masih lagi membawang dan mengata belakang. Inilah hasil didikan dari syaitan yang menggoda kita untuk lakukan perkara-perkara yang jelik sepanjang 11 bulan.

Boleh dikatakan segala kemaksiatan yang kita lakukan dalam bulan Ramadan adalah nafsu kita sendiri, dan bukannya ajakan atau hasutan syaitan. Sebab itu jugalah para agamawan menyeru untuk umat Islam menyibukkan dir melakukan amal Ibadah dalam bulan Ramadan bagi membersihkan semula hati dan membuang sifat-sifat yang jelik.

Baca juga: Pembunuh Bersiri Paling Gila, Guna Kulit Mangsa Jadikan Perabot

Sumber daripada: Mufti Wilayah Persekutuan

Written by: Hamka Rosli


Previous post