Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Bukan Setakat Seriau, Fobia Pun Ada” – Siti Sarah Akui Takut Kes Tertukar Bayi Jadi Pada Diri Sendiri

today14 June 2021

Background

Ada terbaca kes baharu yang berlaku di mana pasangan suami isteri berdepan detik cemas apabila menyedari bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain? Rasanya kes ini memang antara kes yang ditakuti oleh semua kaum ibu bapa, lagi-lagi yang baru nak menimang anak pertama. 

Antara yang menzahirkan ketakutan terhadap kejadian seperti ini adalah penyanyi Siti Sarah Raisuddin, apabila dia menyatakan berasa seriau dan fobia bila baca kes tersebut. Bukannya apa, kata Siti Sarah sekarang dia sedang sarat mengandung, jadi adalah juga rasa takut tu. Memang kejadian seperti ini salin tak tumpah dengan babak dalam sinetron Indonesia, cerita Puteri Yang Ditukar. Tapi kes yang ini betul-betul terjadi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

“Sarah yang baca cerita ni bukan setakat seriau, fobia pun ada,” ujar Siti Sarah mengenangkan kes tersebut.

Tambah Sarah lagi, dia berharap kejadian ini menjadi pengajaran buat kita semua dan merasakan kecuaian seperti ini tidak patut terjadi. Kata Sarah, ia melibatkan masa depan, darah daging dan macam-macam lagi. Sementara itu, Sarah juga turut mendoakan kedua-dua keluarga yang terlibat itu dimudahkan urusan.

Bagi Usahawan dalam talian Siti Suriani Wahiddin, 23 tahun, yang terlibat dengan kes tersebut, dia kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak hospital yang menyerahkan bayinya kepada pasangan lain tanpa membuat pemeriksaan teliti. Sementara itu, usahawan Diana Hanani Abdullah, 23 tahun, turut kecewa dengan insiden itu yang menyebabkan emosinya terganggu. Mereka berdua dilaporkan bersetuju untuk ambil tindakan undang-undang atas kecuaian yang berlaku.

Baca juga: “Eh Cik Ani Mencarut” – Chef Wan Kongsi Keadaan Demensia Ibunya Buat Netizen Terhibur

Sumber berita: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post