Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Dah Kahwin 2 Tahun & Dikurniakan Zuriat, Wanita Baru Tahu Suami Rupanya Abang Kandung Sendiri!

today5 July 2021

Background

Gara-gara bapa pernah menyembunyikan perkahwinannya di Thailand, seorang wanita berdepan detik ‘hitam’ apabila dia tanpa sengaja mengahwini abang kandungnya sendiri sehingga mereka dikurniakan zuriat. Lebih mengejutkan apabila perkara itu hanya terbongkar selepas dua tahun ‘pasangan’ ini mendirikan rumah tangga.

Kisah ini dikongsikan di Facebook oleh seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam iaitu Fahmi Ramli. Menurut beliau, wanita terbabit dipercayai mula berkenalan dengan lelaki itu ketika masing-masing menyambung pelajaran di sebuah universiti. Mereka bercinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas tamat belajar.

Namun segala-galanya terbongkar selepas ibu mertua wanita ini menceritakan tentang kisah silamnya bahawa dia pernah berkahwin di sempadan Thailand tanpa pengetahuan sesiapa. Selepas melahirkan anak lelaki, mereka berdua bercerai. Ternyata bekas suami ibu mertuanya itu adalah bapa kandungnya sendiri. Difahamkan, mereka juga tidak pernah membuat pengesahan pernikahan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Written by: Danisyah Dalily