Bila masuk bulan Ramadan ni, antara yang sering menjadi perhatian di media sosial tentulah Khairul Amin dengan perkongsian resipinya sepanjang bulan puasa. Sentiasa berkongsi resipi ringkas tapi sedap, Khairul Amin berjaya mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia. Dalam pada itu, semalam tular di media sosial video resipi spaghetti carbonara sehingga mendapat perhatian chef terkemuka Singapura, Ghazalee Ibrahim.
Bagaimanapun, dalam pujian yang diberikan, ada juga suara-suara yang tidak berpuas hati dengan cara chef tersebut memberi pujian. Menurut sesetengah wargamaya, cara pujian Ghazalee seperti tidak ada adab kerana memanggil Khairul Amin dengan panggilan ‘Mr. What’s Up Guys’.
Baca juga: “Ini Baru Betul Carbonara” – Khairul Aming Dipuji Kerana Masak Carbonara Dengan Cara Yang Betul
“Sudahlah berapa banyak tweet entah bercakap pasal orang tu panggil dia Mr ‘Hey What’s Up Guys,’ dia ada namalah,” ujar seorang wargamaya yang tidak berpuas hati dengan cara chef terkenal itu memberi pujian.
Walaupun ramai yang merasakan cara chef tersebut seperti kurang sopan, namun ada juga yang merasakan ia hanya style penyampaian chef Ghazalee sahaja. Mungkin memang tiada niat untuk dia memuji dengan nada yang kurang sopan, dan mungkin memang itu cara dia bercakap. Bagaimanapun, pujian tersebut sememangnya ditujukan ikhlas buat Khairul Amin yang berjaya memasak spaghetti carbonara dengan cara yang aunthentic.
My guy, Read it back again since when I’m talking bout disrespecting home cooks?
In which way? I’m praising him what are you talking. If that’s your 2 cents, I don’t want it. https://t.co/rgAZkPqnIr
— Ghazalee Ibrahim (@GhazaleeIbr) April 19, 2021
Sementara itu, menurut chef Ghazalee, dia sememangnya memberi pujian kepada Khairul Amin dan tidak ada isu mengenai gaya pujian kurang sopan.
Baca juga: [VIDEO] “Buah Oren Ke Epal?” – Kepala Harith Iskandar Habis Kena Sunburn Sampai Mengelupas Kulit…