Umum mengetahui lidah lebih tajam daripada sebilah pisau, namun masih ramai dalam kalangan kita yang ‘gemar’ melemparkan kata-kata yang boleh ‘membunuh’ jiwa seseorang tanpa mereka sedari. Di Korea misalnya, salah satu punca kes ‘bunuh diri’ adalah berpunca daripada kecaman dan kritikan yang di terima oleh netizen sehingga mengakibatkan seseorang itu menghidapi kemurungan. Baru-baru ini, instafamous bernama Azfar Heri menceritakan pengalaman ngeri yang dihadapinya semasa berada di tingkatan empat.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun YouTube miliknya, Azfar berkata dia sering menerima kecaman oleh sekumpulan lelaki di sekolahnya dek kerana perwatakan Azfar yang agak lembut itu. Menurutnya, dia tidak pernah membuat onar mahupun mengenali identiti sekumpulan lelaki yang mengecamnya ini, malah sebaliknya Azfar lebih selesa berkawan dengan perempuan kerana mereka tidak mengkritik perwatakan Azfar.
Difahamkan, dek kerana Azfar terlalu banyak menerima kecaman yang teruk ketika di bangku sekolah, dia menjadi berang dan berdendam dengan mereka sehingga bertekad untuk tidak memaafkan mereka. Dalam video tersebut, Azfar meluahkan pengalaman ngeri yang dia gambarkan seolah-olah seperti drama bersiri ‘Tanah Kubur’. Menurut Azfar, salah seorang pengkritik dalam kumpulan lelaki tersebut telah maut kerana terlibat dalam kemalangan ngeri di mana wajah lelaki itu teruk dan berlumuran darah.
“Dalam muka yang ngeri berlumuran darah, dia datang di tepi tingkap dan merayu untuk dimaafkan.. Azfar, maafkan aku… tolong maafkan aku Azfar…” luah Azfar dalam nada ketakutan mengimbau kembali kenangan pahit itu.
Azfar kemudiannya terus terbangun mengejut lalu menadah tangan berdoa mengampunkan segala dosa dan salah silap si mati terhadapnya selama ini dalam tangisan. Tambahnya lagi, mimpi yang di alaminya itu seakan berlaku jelas di hadapan mata. Azfar akui insiden yang terjadi dalam hidupnya ini telah membuatkan dirinya trauma dan berubah menjadi seseorang yang lebih berterus-terang serta menjauhi segelintir rakan yang bersifat negatif.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya berterima kasih kepada Azfar kerana sedikit sebanyak menyedarkan mereka untuk sentiasa memaafkan orang. Kisah Azfar ini boleh dijadikan pengajaran dan iktibar kepada setiap individu agar sentiasa memaafkan setiap insan yang mungkin pernah melukakan hati kita serta dapat mendidik kita untuk sering menjaga percakapan dan perbuatan agar tidak melangkaui batas.
“Dosa antara Allah kita boleh lakukan solat sunat taubat, namun dosa sesama manusia ini kita kena cari individu tersebut dan meminta maaf..” kata Azfar kepada pengikutnya.
Baca juga: “Kita Guna Bahasa Sam4r Sam4r..” Heliza Helmi Guna Bahasa ‘F’ Untuk Elak Perkongsian Disekat
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: YouTube Azfar Heri