Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Difitnah Hisap Dadah Semasa Nyanyian Live, Ameng Buat Laporan Polis Terhadap 2 Akaun Facebook

today14 June 2021

Background

Fitnah yang berlaku pada zaman ini semakin hari semakin membimbangkan lebih-lebih lagi dengan adanya teknologi seperti media sosial. Wargamaya sekarang lebih berani berkata-kata walaupun tanpa bukti yang jelas. Apa yang lebih membimbangkan, ramai juga yang mudah terpedaya dengan kata-kata fitnah yang dilontarkan oleh pengguna media sosial.

Baca juga: “Duduk Dalam Gua Ke?” – Netizen Berang Penjual Supplement Vitamin C Gelar Dr. Amalina Bakri “Dr. Twitter”

Baru-baru ini, vokalis kumpulan Spring, Ameng difitnah oleh dua pengguna akaun Facebook yang mengatakan bahawa dia kembali mengambil dadah. Ketika kejadian itu, Ameng sedang membuat persembahan di Facebook Live menerusi acara AVOL Legend Artiste.

Kemudian, datang seorang pengguna Facebook menyatakan bahawa Ameng nampak seperti “kacip” semasa menyanyi dan terus melulu menuduhnya kembali mengambil dadah. Komen itu dibalas oleh seorang lagi pengguna yang menyokong tuduhan itu. Tambahnya, “kita bekas (penagih dadah) mesti tahu kan..”.

Komen-komen tersebut membuat Ameng sangat terkilan dan ia adalah keterlaluan. Ameng pernah dipenjarakan selama 5 tahun sebelum ini kerana penyalahgunaan dadah. Tetapi kini sudah 12 tahun dia bersih dari sebarang najis dadah. Fitnah seperti ini pastinya memberi kesan kepada dirinya.

Ameng lantas terus membuat laporan polis terhadap kedua-dua individu berkenaan. Hal ini adalah kerana bukan sahaja reputasinya sekali lagi tercalar namun sumber pendapatannya juga terjejas. Kata Ameng, selepas mereka meninggalkan komen begitu di bahagian balas, Ameng dapati viewers atau tontonan di Facebook live itu mula berkurang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameng Spring ??? (@amengspringofficial)

Melalui posting Ameng yang terbaru, dia berkongsikan satu video yang menunjukkan kertas laporan polis yang telah dilakukan ke atas dua pengguna Facebook yang telah menabur fitnah ke atas dirinya. Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya bersetuju dengan tindakan Ameng melaporkan perkara ini kepada polis sebagai peringatan kepada pengguna media sosial yang lain agar tidak sewenang-wenangnya berkata buruk tentang seseorang.

 

Sebagai pengguna media sosial, janganlah kita gunakan platform ini dengan cara yang salah. Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab terutama apabila kita melemparkan sesuatu perkataan. Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata badan binasa. Apa pun, kita doakan agar kes ini dapat diselesaikan segera dan semoga urusan Ameng dipermudahkan.

Baca juga: “Kenyataan Saya Berbeza..” – Fazura Kesal Headline Artikel Berkaitan “Penghijrahan” Dirinya Mengelirukan

Sumber: Ameng

Written by: Danisyah Dalily


Previous post