Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Dikatakan Imej Berpurdah, Izreen Azmida Tampil Bersuara

today22 October 2020

Background

Selebriti yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia fesyen, Neelofa sudah mula tampil berpurdah. Berikutan itu, ramai artis mula berniat untuk mengikuti jejak langkahnya dengan memuat naik penampilan mereka yang kelihatan berpurdah.

Tidak ketinggalan, pelakon Izreen Azmida juga berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan dia memakai khimar.

Pelakon drama Juvana ini turut menulis kapsyen yang berkaitan dengan kehidupan dan keagamaan. Malah, turut memetik nama Neelofa menjadikan orang ramai yang juga pengikut di laman sosialnya bertanya adakah Izreen mengikuti jejak usahawan terkenal itu?

Hari ini Izreen tampil bersuara menerusi satu posting baru dengan menjawab persoalan pengikutnya yang berbunyi.

“Bila masa kami kata kami berpurdah ni. Ada ni ha sama ja mcm dulu,”

Dia turut menyalahkan portal-portal lain yang diakatakan sengaja menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen. Ulasnya lagi, posting tersebut hanyalah untuk memberitahu khimar yang disarungkan sangat selesa atas tujuan jualan.

Mungkin satu hari nanti, Izreen betul-betul berpurdah. Kita doakan yang baik-baik saja.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

“Reaksi Mama Bila Nampak Saya Berniqab” – Neelofa

Wanita Niqab Gemar Konvoi Sebagai Usaha Berdakwah

 

 

 

 

 

Sumber: instagram

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Santa Clara lawan pertama Safawi

Kuala Lumpur: Pasukan Santa Clara yang kini menghuni tangga keempat Liga Primeira, Portugal mungkin menjadi lawan pertama buat Safawi Rasid dalam misinya meraih penampilan sulung bersama Portimonense SC selepas hampir sebulan di bumi Eropah. Pertembungan yang dijadualkan pada 1 November ini pastinya memberi ruang buat Safawi untuk terus memperkemaskan permainan bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) Portimonense SC terlebih dahulu sebelum beraksi dengan pasukan utama minggu depan. Safawi, 23,... Klik […]

today22 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *