Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Doakan Saya Cepat Sembuh” – Masuk Hospital Sebab Radang Kulit, Peminat Doakan Aril Cepat Sembuh

today7 May 2021

Background

Kesihatan yang baik itu merupakan satu rezeki yang ramai terlepas pandang. Apabila sudah jatuh sakit, barulah kita teringat betapa nikmatnya ada tubuh badan yang sihat. Itulah yang yang dikongsikan oleh penyanyi, Aril Pilus di Instagramnya apabila diuji dengan sakit radang kulit. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Official Aril AF™ (@arilpilus)

Dalam perkongsian tersebut, Aril memaklumkan bahawa dia telah dimasukkan ke hospital dan diasingkan akibat mengalami masalah radang pada kulit yang agak serius. Menurut Aril, sakit radang kulit yang dihadapinya itu boleh mengakibatkan jangkitan kepada orang lain. Jadi dia terpaksa diletakkan di wad seorang diri dalam lima ke tujuh hari. 

Baca juga: “Memang Power Cara Dia Selesai Krisis” – Ramai Kagum Cara Khairul Amin Tagani Isu ‘Penjenayah’ Sambal Palsu

“Tuhan beri ujian sikit supaya kita lebih ingat, lebih-lebih lagi bulan ramadan ni. Allah uji sebab Allah sayang kita,” tulis Aril di ruangan kapsyen

Sementara itu, Aril memaklumkan kawasan radang yang dialaminya adalah di bahagian belakang pinggang hingga ke bahagian atas peha kanan, dan juga bahagian bawah perut dan di depan peha kanan bahagian atas. Kata Aril, senang cerita di bahagian pinggang, perut dan juga punggung. 

“Doakan saya semoga cepat sembuh dan semoga dapatlah saya sambut hari raya aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta khamis ni ya,” ujar Aril meminta doa orang ramai agar dia diberi kesembuhan yang cepat. 

Dalam pada itu, wargamaya lain dan juga rakan-rakan artis turut menitipkan doa dan kata semangat buat Aril. Semoga Aril segera sembuh daripada sakit yang dialaminya itu.

Baca juga: [VIDEO] “Bunyi Macam Ayah Nyanyi” – Gelagat Anak Stacy Dan Akim Tiru Gaya Mereka Nyanyi Curi Perhatian Netizen

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post