Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Duduk Dalam Gua Ke?” – Netizen Berang Penjual Supplement Vitamin C Gelar Dr. Amalina Bakri ‘Dr. Twitter’

today14 June 2021

Background

Umum mengetahui pengambilan vitamin C dalam kehidupan seharian kita adalah tertakluk antara 65 hingga 100 milligrams (mg) sehari. Namun, sehingga kini produk-produk supplement vitamin C yang mengandungi jumlah mg berlebihan dalam lingkungan 1000 hingga 2000 mg masih banyak terjual dan laris di pasaran. Bukan itu sahaja, mungkin juga kerana penggunaan selebriti-selebriti yang turut mempromosikan vitamin C tanpa sukatan betul itu menjadi tarikan orang ramai untuk consume vitamin tersebut.

Isu pemakanan vitamin C yang berlebihan ini sering menjadi perbualan hangat di media sosial. Malah, sejak awal lagi ramai dalam kalangan doktor pakar telahpun memberi penerangan dan pandangan mereka mengenai kesan sampingan memakan vitamin C yang berlebihan. Menurut doktor pakar dan nutritionist Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), adalah lebih bagus jika sumber vitamin diambil secara terus daripada buah-buahan yang mengandungi zat besi tinggi yang diperlukan dalam badan setiap individu.

Baru-baru ini, isu mg vitamin C menjadi perbualan hangat di media sosial Twitter sehingga seorang pemuda yang katanya menjual supplement kesihatan telah mengkritik dan mengelar Dr. Amalina Che Bakri sebagai ‘Dr.Twitter’ yang tidak relevan. Hal ini telah mengundang amarah netizen yang tidak berpuas hati apabila Dr. Amalina dipandang rendah oleh individu tersebut yang seakan tidak menghormati keperibadian dan kerjaya seorang doktor pakar yang mempunyai imej hebat di  England.

Baca juga: “Terlalu Berdikari & Bekerjaya Punca Wanita Lambat Kahwin” – Dr Amalina Selar Kenyataan Prof Dr Muhaya

Perbualan mengenai pemakanan mg berlebihan supplement vitamin C ini bermula apabila sebuah ciapan telah mempersoalkan mengenai kandungan ‘Aspartam’ dalam sebuah vitamin C yang turut dikenali orang ramai dan digunakan oleh segelintir selebriti tanah air. Seorang pengguna Twitter telah membalas dakwaan tersebut dengan berkata 500 mg adalah berlebihan namun setelah itu kenyataan tersebut dicantas oleh pemuda yang mengkritik Dr. Amalina yang berpendapat bahawa 500 mg masih boleh dimakan kerana ada unsur ‘sustainable release’.

Salah seorang pengguna Twitter telah membalas kenyataan pemuda tersebut dengan memuat naik kenyataan Dr. Amalina yang berpendapat bahawa pengambilan supplement berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan hanyalah sesuatu pembaziran duit. Pemuda yang mengguna nama Rol itu membidas kenyataan tersebut dengan berkata dia mendapat maklumat daripada rakan-rakannya yang merupakan Doktor dan pakar kesihatan bertauliah dan tidak membaca maklumat penting sebegini daripada ‘Dr. Twitter’, yakni dipercayai Dr. Amalina.

Meninjau di ruangan maklum balas ciapan tersebut, rata-rata daripada netizen berang dengan kenyataan Rol yang dianggap tidak wajar serta dianggap kenyataan tersebut agak melampau. Bukan itu sahaja, netizen turut mempersoalkan dan meragui mengenai tahap pendidikan si pelaku sehingga mempunyai kelayakan untuk menjual dan mempromosikan supplement atau makanan kesihatan di pasaran.

Kata orang sikap bongkak seperti ini hanya akan memakan diri sahaja. Lebih parah apabila individu ini seolah-olah tidak mahu menyerah kalah dan tetap berpendirian tegas dengan pendapatnya itu. Mungkin dia kena lebih banyak membaca fakta dan tidak mengharapkan pendapat doktor ‘kawannnya’ itu. Bagaimanapun, setiap individu haruslah menjaga turut kata dalam perbicaraan agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Jangan terlalu bebas memberi pandangan sehingga melebihi batas.

Baca juga: “Comel Dan Lawanya..” – Kongsi Gambar Santai Bercuti Tanpa Pelitup Muka, Ramai Puji Kecantikan Dr Amalina

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter

Written by: Hamka Rosli