Beraninya!
Itulah komen yang banyak diterima oleh pelakon cantik manis, Nadia Brian. Menerusi perkongsian videonya di Instagram, Nadia telah mendukung seekor ular sawa bernama Cik Kiah. Ular ini mula tular selepas ia dikeluarkan dalam satu rancangan di TV3, Majalah3 dan ia dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Abe Awe. Jika dilihat dalam video tersebut, jelas terpampar wajah teruja Nadia dapat memegang Cik Kiah.
Nadia menggayakan baju bercorak kulit ular turut berkongsi bahawa dia mengetahui tentang ular ini ketika menonton Majalah3 dan apabila dia secara kebetulan mempunyai penggambaran di Pulai Pinang, Nadia terus mengambil peluang untuk singgah ‘melawat’ Cik Kiah.
View this post on Instagram
Tambah Nadia, Cik Kiah merupakan seekor ular belaan terbesar di Asia Tenggara dan ia adalah ular nombor terbesar di dunia. Berat Cik Kiah adalah 240kg, fuh! Larat pula Nadia dukung ular ini ya. Nadia berulang kali menyatakan Cik Kiah kelihatan sangat seksi dan Nadia turut luahkan rasa bersyukur diberi peluang untuk berjumpa dan dukung haiwan eksotik ini.
Nadia juga telah berkongsi beberapa keping gambar dan video lain dirinya bersama ular tersebut. Hal ini menunjukkan Nadia begitu suka dan kagum akan Cik Kiah yang merupakan haiwan yang sukar didapati di mana-mana. Beruntung sungguh Nadia berkesempatan berjumpa ular ini!
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keberanian Nadia dan menyatakan kagum dengan sifatnya yang cintakan haiwan itu. Ada juga warganet memberi komen yang menyatakan mungkin Cik Kiah mengingatkan bahawa Nadia itu kawannyas sebab corak baju yang dipakai Nadia. Sementara itu, sempat juga selebriti terkenal, Nabila Huda memberi komen bergurau menyatakan dia terhibur melihat wajah Nadia ketika mahu mendukung Cik Kiah yang pada mulanya kelihatan takut tetapi tetap beranikan diri control cantuk untuk video.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Suami Nadia Brian beri bayangan hubungan dikhianati
Sumber: Instagram Nadia Brian