Tahun ini merupakan tahun kedua kita beraya dalam keadaan masih berperang dengan pandemik Covid-19. Tiada siapa dapat pulang ke kampung halaman susulan PKP 3.0. Malah, ziarah-menziarahi semasa raya juga tidak dapat dilakukan bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Walaupun begitu, raya masih raya. Tidak semestinya kita perlu bersedih dan meninggalkan tradisi kita di hari raya. Walaupun tidak dapat kemana-mana, tak salah jika kita tetap menyarungkan baju kurung dan baju melayu pada Syawal yang pertama. Ia sedikit sebanyak menggembirakan hati kita.
Baca juga: Penampilan Sofea Jane Di Dalam Iklan Raya Curi Tumpuan Ramai
Terbaru, seorang pengguna di laman Tiktok ada berkongsikan sebuah video dan ianya mendapat perhatian ramai. Video tersebut memaparkan gelagat ayahnya apabila menerima baju raya baharu. Pada mulanya, dia memandang baju itu dan menekapkannya di badan sambil tersenyum kecil.
@hannymaru1
Kemudian, dia mula mencuba set baju raya tersebut lengkap dengan berkopiah sambil menari-nari di sekeliling rumah. Ahli keluarga yang lain hanya melihatnya dan turut sama menyakat. Comel betul lihat gelagat ayah!
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat teletahnya sekaligus membuatkan mereka rindu pada ayah di kampung. Siapa tak rasa teruja bila dapat menghadiahkan sesuatu buat ibu bapa lagi-lagi apabila mereka menunjukkan rasa gembira dengan pemberian tersebut. Mesti rasa nak beri dan beri lebih banyak lagi buat mereka.
Kita sama-sama berdoa agar diberi peluang untuk berbakti kepada ibu bapa sementara mereka masih ada. Apa pun, buat mereka yang jauh dari rumah jangan sia-siakan hari raya anda, kita masih boleh menyarung baju kurung dan baju melayu di pagi raya.
Baca juga: Sedih Tak Dapat Balik Kampung Sebab PKP? Meriahkan “Mood” Hari Raya Anda Dengan 5 Cara Ini
Sumber: Tiktok