Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Gelagat Wawa Zainal Berbungkus Plastik Sampah Masuk Bilik Aeril Jadi Perhatian!

today22 January 2021

Background

Peminat baru sahaja mendapat berita bahawa pelakon Aeril Zafrel bersama pengurusnya disahkan positif Covid-19  baru-baru ini.

Katanya dia mungkin dijangkiti virus itu ketika menghantar pengurusnya yang mengalami demam panas ke klinik, Isnin lalu.

Sekarang, saya menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya berada di tingkat atas dan tidak keluar bilik. Saya juga sudah menyerahkan maklumat diri,”katanya.

Yelah, bila kuarantin di rumah ni semua ahli keluarga kena main peranan dan bekerjasama. Gelagat isterinya, Wawa Zainal yang memasuki bilik kuarantin Aeril sungguh melucukan.

Wawa dilihat membalut dirinya dengan plastik hitam dipercayai plastik sampah dan berkaca mata untuk melindungi dirinya ketika memasuki bilik Aeril. Boleh dikatakan kreatif ya! Yelah, kita guna apa yang ada janji dapat menghindar diri dari terkena jangkitan wabak.

Bukan apa, Wawa perlu menguruskan anak-anaknya jadi dia perlu memastikan dirinya tidak terkena jangkitan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Menurut Aeril, dia juga sering membuat swab test dan terbaru adalah swab test keempatnya sebelum disahkan positif. Ini kerana dia risau keselamatan anak-anak yang masih kecil dan orang sekeliling.

 

 

Baca juga:

12 Langkah Bila Diminta Kuarantin Di Rumah

Ustaz Ebit Lew Beli 100 Tab Hadiahkan Pada Pelajar Memerlukan Kelas Online

 

 

 

Sumber: Instagram

Written by: Ainaa


Previous post

Post-New-FAM-2021_Referee-FIFA-FAM1

Sukan

19 Pengadil Malaysia Didaftarkan Sebagai Pengadil FIFA Tahun 2021, Amirul Izwan Ditauliah Video Match Official (VMO)

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa seramai 19 orang pengadil dari Malaysia telah dipilih dan diperkenankan oleh Panel Pengadil Antarabangsa, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2021 ini. Mereka yang dipilih itu terdiri daripada lima orang Pengadil, sembilan orang Penolong Pengadil termasuk seorang wanita, tiga orang Pengadil Futsal dan dua orang Pengadil Bola Sepak Pantai. Bagi kategori Pengadil,... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today22 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *