Tahun lepas pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ogy pernah dihimpit dengan kontroversi gagal melunaskan tunggakan bayaran seorang penulis skrip teater komedi korupsi Dewan Semandung, Aloy Paradoks.
Namun, Kak Ogy tampil menjawab isu ini. Katanya dia sedang berusaha menyelesaikan kesemua tunggakan bayaran yang berbaki lagi 70 peratus kerana terdapat kekangan dek terkesan musim COVID-19.
Setelah hampir setahun, Aloy sekali lagi memuat naik ciapan twitter memberitahu Kak Ogy masih lagi belum melunas tunggakan tersebut.
“PKP bertemu PKP. Ogy Ahmad Daud belum habis lagi bayar upah saya menulis skrip. Dia memang handal,”
Harap rezeki Kak Ogy melimpah ruah supaya dapat melunaskan bayaran tunggakan dan kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan isu dengan baik.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Semua Pelajar Di Kawasan PKPB,PKPP Wajib Hadir Ke Sekolah Mulai 20 Januari-KPM
Perkhidmatan kereta api Kota Kinabalu & Beaufort dihentikan sepanjang PKP
Post comments (0)