Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Hidangan “Sayur Campur Special Kes Suami Tembak” Maria Tunku Sabri Raih Perhatian Netizen

today9 March 2021

Background

Siapa tidak kenal Maria Tunku Sabri. Beliau pernah menjadi pengacara hebat untuk salah sebuah rancangan makan Jalan Jalan Cari Makan. Kini, selepas beliau berhenti dari menjadi pengacara bagi rancangan tersebut beliau kerap memuat naik pelbagai video masakan di laman Instagram miliknya.

Seperti sebelum ini, Maria sering meletakkan tajuk resepi yang unik kerana menggabungkan nama masakan tersebut dengan berita semasa yang popular pada ketika itu. Terbaru, beliau telah memuat naik satu resepi bertajuk “SAYUR CAMPUR SPECIAL SEDIH KES SUAMI TEMBAK ISTERI SUMBAT DALAM TONG” telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet walaupun tajuk masakannya didengari kurang sensitif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maria Tunku Sabri (@mariajjcm)

Selepas kes itu heboh, Maria telah memuat naik sebuah video masakan bertajuk “Suami Tembak Isteri Sumbat Dalam Tong Sekali Dengan Sayur Campur Special” sebelum menukarnya kepada “Sayur Campur Special Sedih Kes Suami Tembak Isteri Masuk Dalam Tong”.

Difahamkan ini bukanlah kali pertama Maria menamakan masakannya dengan isu yang sensitif. Namun kali ini cara susunan ayatnya dan mungkin kes ini agak besar, nama masakan jadi bualan warganet. Bagaimanapun, tindakan beliau dilihat seperti tidak menjaga sensitiviti isu ini lebih lagi kepada keluarga mangsa.

Namun, meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya suka dan tertarik dengan menu masakannya kali ini kerara ada yang berpendapat isu ini haruslah diketengahkan supaya orang ramai tidak kekok meminta bantu jika melibatkan masalah rumahtangga. Selain itu, ada juga berpendapat bahawa menu masakan seperti ini membantu mereka ketahui isu-isu baru yang sedang berlaku di Malaysia.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Maria Tengku Sabri Jadikan Bahan Mainan Kematian Anggota PGA?

Maria Tunku Sabri Kongsi Resepi Ikan Siakap Steam Buat Ramai Kecur

 

 

Sumber: Instagram Maria Tunku Sabri

Written by: Adinna


Previous post

Liga Super 2021

Sukan

Statistik Ringkas Aksi Minggu Pertama Liga Super 2021

Kempen Liga Super 2021 yang membuka tirainya pada Jumaat lalu menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Sumbangsih selepas berjaya menundukkan seteru utama, Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim. Selangor yang menjadikan Stadium Majlis Bandaraya Kelana Jaya (MBPJ) sebagai gelanggang ‘home’ bermula dengan baik setelah menewaskan Sri Pahang dengan keputusan 3-1 manakala jaringan tunggal David Rowley membantu Penang FC mengenepikan cabaran... Klik untuk […]

today9 March 2021