Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Iman Troye Dikecam Peminat K-pop, Mungkin Bakal Jadi Janna Nick 2.0?

today26 April 2021

Background

Nama penyanyi baru yang sedang meningkat naik, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye hari ini terpalit dengan kontroversi panas. Namanya mula trending di Twitter sejak dia meninggalkan komen yang membawa kepada salah faham oleh peminat K-pop.

Iman Troye dikecam hebat di laman sosial hanya kerana satu komen yang ditinggalkan di Instagram. Semalam mstaronline ada berkongsikan satu artikel tentang rahsia Jaehyun NCT boleh mempunyai kulit yang bersih tanpa jerawat. Menurut mStar, Jaehyun melakukan pembedahan plastik dan mungkin itu penyebab mengapa dia boleh memiliki wajah yang bersih polos.

Baca juga: “Nampak Sweet Je Bersama” – Buat Video Pakai Baju ‘Pengantin’ Iman Troye Dan Naim Daniel Dikatakan Serasi

Iman Troye yang juga adalah peminat kepada artis K-pop berkenaan meninggalkan komen di posting tersebut yang bernada sindiran.

Sebenarnya niat Iman Troye hanya ingin mempertahankan artis kesayangannya itu namun mungkin kerana penggunaan perkataan dan cara penyampaiannya yang agak kasar dan seperti bernada sindiran, ia telah mengundang salah faham peminat K-pop. Mengikut kefahaman mereka, Iman Troye telah mengecam Jaehyun.

Isu ini menjadi lebih kecoh apabila peminat K-pop mula menghantar komen-komen yang bersifat ugutan. Ada juga yang melebihi batas dan menghantar ugutan bunuh kepada Iman serta memanggilnya dengan nama-nama yang tidak elok.

Iman Troye kemudian tampil memberikan penjelasan di laman Twiternya. Dia menjelaskan kembali maksud yang cuba disampaikan melalui komen yang ditinggalkan. Iman berkata bahawa dia sebenarnya mempertahankan artis K-pop berkenaan dan bukan mengecamnya seperti warganet lain di ruangan komen tersebut.

Iman troye kemudian tampil meminta maaf atas salah faham tersebut. Dia sedar bahawa kata-kata yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut adalah tidak jelas.

Walaupun hebat dikecam peminat K-pop sehingga  menjadikan ‘depression’ sebagai bahan jenaka, ramai juga wargamaya yang tampil mempertahankan artis kecil molek ini. Mereka cuba menjelaskan kembali apa yang dikatakan Iman Troye dan membersihkan keadaan yang berlaku. Isunya cuma perselisihan faham namun ia membiak menjadi fitnah dan platform siber buli buat Iman.

Wargamaya di Twitter menasihatkan supaya peminat K-pop tegar yang terlalu obses dengan artis dan kumpulan kesayangan mereka supaya tidak keterlaluan dalam bertindak. Ada yang memerihalkan peminat yang obses begini adalah toksik dan selalu bertindak secara meluru. Mereka tidak berfikir panjang tentang kesan kata-kata mereka terhadap orang lain. Ini adalah punca utama yang memburukkan nama peminat K-pop sedangkan tidak semua peminat K-pop adalah tosik di laman sosial.

Terdahulu, ramai juga artis yang dikecam hebat peminat K-pop hanya kerana memberi penyataan dan pendapat mereka tentang K-pop. Janna Nick adalah antara yang paling teruk menerima tohmahan baru-baru ini kerana isu Lisa Blackpink dan video lama yang menunjukkan  Janna menyindir kematian seorang artis K-Pop yang tular kembali di Twitter. Keadaan itu menjadi sangat teruk sehingga Janna terpaksa membuat laporan polis kerana merasakan dirinya tidak selamat malah laman Twiter dan Instagramnya turut hilang berkemungkinan dinyahaktifkan oleh Janna sendiri atau hilang disebabkan report yang dibuat netizen.

Kita berharap kontroversi yang melanda Iman Troye tidak menjadi seteruk itu. Kita doakan semoga salah faham ini reda dengan secepatnya dan tidak berlanjutan sehingga ke tahap yang lebih membimbangkan.

Baca juga: Janna Nick Buat Laporan Polis, Nafi Kutuk Artis K-Pop

Sumber: Iman Troye

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Gaya Hidup

Firasat Anak Kepada Bapanya Kru KRI Nanggala

Kapal selam KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kru itu dilaporkan terputus hubungan pada Rabu yang lalu. Beberapa negara termasuk Malaysia turut membantu dalam operasi pencarian kapal selam tersebut. Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila pasukan pencarian dan penyelamat menemukan serpihan yang diyakini daripada kapal selam tersebut. Dalam pada itu, tular video di Instagram memaparkan seorang anak kepada kru KRI Nanggala yang melarang ayahnya untuk bertugas. Lihat video penuh itu... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today26 April 2021