Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Iman Troye Tutup Akaun Twitter Selepas Dikecam Persenda Kes Covid-19

today24 May 2021

Background

Kes Covid-19 di negara kita sudah semakin teruk. Saban hari angka kes semakin meningkat membuatkan orang ramai mula resah dan risau. Sememangnya, virus membunuh Covid-19 perlu diambil serius dan perkara ini tidak boleh dipersendakan kerana ia melibatkan nyawa orang ramai dan ini bukan sahaja berlaku di negara kita namun seluruh dunia menderita dengan wabak pandemik ini.

Baca juga: Nad Zainal Risau Cabaran Lebih Hebat Di Masa Hadapan, Doa Anak Kuat Hadapi Liku Kehidupan

Penyanyi, Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Shahabudin dikecam hebat di media sosial sejak semalam apabila dia berkongsikan satu ciapan di laman Twitter miliknya yang seakan gembira angka kes Covid-19 semakin meningkat dan berharap kes jangkitan terus mencecah 7,000 orang esok (hari ini).

 

Akibat daripada perkongsian ini, netizen mengecam teruk penyanyi lagu terkenal “Raya Bersama Shopee” dan “Pejam Celik” ini kerana dia seakan-akan meminta keadaan bertambah teruk. Mungkin ciapan tersebut dibuat dengan nada gurauan namun ianya tidak sesuai dan tidak menjaga sensitiviti masyarakat dan negara yang kini sedang perit berjuang.

 

Ciapan yang dikirimkan pada Ahad petang yang lalu itu terus tular dan ini menyebabkan Iman menyahaktifkan akaun Twitternya beberapa jam selepas itu.

Pada hari Ahad, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 yang berjumlah 6,976 kes. Berikutan hal ini, ramai yang mendesak pihak kerajaan agar melaksanakan “total lockdown” kerana statistiknya semakin membimbangkan. Tindakan ini disuarakan agar penularan wabak dapat dibendung dan diatasi.

Dalam masa-masa genting seperti ini, kita perlu sentiasa bersatu dan memberikan sokongan buat satu sama lain serta sentiasa beringat dalam berkata-kata terutamanya di laman sosial. Apa pun, kita jadikan ini sebagai iktibar dan kita doakan yang baik-baik buat Iman Troye.

Baca juga: “Memang Kena Bagi Bantuan Sampai Masuk Kubur Ke?” –  Michael Ang “Sekolahkan” Netizen Tentang Self-Lockdown

Sumber: Twitter

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

‘Sabar Itu Indah’ – Ali Puteh ‘Jumpa’ Individu Hina Anak Luar Nikah, Report Polis

Hiburan Semasa

‘Sabar Itu Indah’ – Ali Puteh ‘Jumpa’ Individu Hina Anak Luar Nikah, Report Polis

Isu & Kontroversi Pelawak, Ali Puteh mendedahkan dia sudah menemui pemilik akaun Instagram yang telah melemparkan kata-kata kesat berunsur hinaan kepada dirinya dan keluarga pada hari Jumaat yang lalu. Salam Jumaat, di hari yang mulia ini, sesiapa boleh bantu cari kan manusia ini. Maki tu maki lah, tapi sampai anak saya dikatakan anak luar nikah ni melampau! Bantu saya kawan-kawan semua cari manusia ini. Sampai keturunan saya di katakan yahudi. […]

today24 May 2021