Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Ini Asal Usul Kepercayaan Feng Shui Yang Diamalkan Lebih 3,500 Tahun

today10 October 2020

Background

Percaya atau tidak, amalan Feng Shui yang lahir lebih 3,500 tahun lepas dalam tamadun cina masih dipegang teguh oleh mereka sehingga sekarang. Bagi mereka, amalan ini penting untuk memastikan keharmonian dan keseimbangan kehidupan mereka. Amalan ini digunakan bukan sahaja semasa meletakkan perabot-perabot di dalam rumah, bahkan sebelum mereka memulakan pembinaan sesuatu bangunan. Jadi kali ini kita tengok sikit apa yang membuatkan amalan Feng Shui masih dipegang sehingga ke hari ini.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Feng Shui?

Feng Shui, juga dikenali sebagai Chinese Geomancy,merupakan satu seni kuno dalam menempatkan sesuatu barang di rumah, pejabat atau taman, dan ia didakwa memberi kesan terhadap tenaga yang akan mengharmonikan persekitaran dengan individu yang tinggal di situ. Perkataan Feng Shui pula sebenarnya membawa maksud angina (Feng) dan juga air (Shui). Ia juga merupakan gabungan seni dan sains. Pakar Feng Shui masa zaman dahulu banyak menghabiskan masa mereka untuk belajar tentang aspek kehidupan dan bagaimana sesuatu persekitaran dapat memperkasakan tenaga seseorang. Dari situ mereka belajar bagaimana dengan menyusun persekitaran dapat meningkatkan kualiti hidup.

Image via:https://www.shondaland.com/

Dari perspektif seni Feng Shui, segala yang yang ada di bumi ini mempunyai tenaga tersendiri, termasuklah bangunan tempat kita tinggal, tanah di sekeliling kita, serta perabot yang kita pilih. Semuanya saling berhubung antara satu sama lain dan mampu meningkatkan kualiti kehidupan kita. Jadi dari situ, banyak bangunan-bangunan yang dibina di China adalah berpandukan Feng Shui. Kalau anda perasan bangunan tinggi di Hong Kong kebiasaannya akan ada lubang di bahagian tengah. Mengikut kepercayaan mereka, ia adalah untuk membuka laluan kepada naga. Ini salah satu amalan kepercayaan Feng Shui.

Kini Digunakan Secara Meluas

Objektif awal amalan Feng Shui yang digunakan masyarakat Cina kuno adalah untuk mengenal pasti tempat tinggal yang sesuai, yang terlindung dari musuh-musuh serta unsur alam yang berbahaya. Jadi Feng Shui pada asalnya adalah tentang survival dan keselamatan hidup. Selain itu, Feng Shui juga digunakan untuk mencari lokasi pengkebumian yang baik untuk maharaja dan mereka yang mempunyai status yang tinggi. Jadi Feng Shui bukan sekadar digunakan untuk mereka yang masih hidup, tetapi untuk mereka yang telah mati juga. Sebagai contoh, kebiasaanya kawasan perkuburan orang Cina mesti berada di lereng bukit atau di tempat yang tinggi. Bagi mereka, semakin tinggi kawasan tersebut, semakin banyak tuah kepada si mati.

Kini, bukan sekadar di China, di Amerika Syarikat juga banyak business owner yang menggunakan khidmat Feng Shui untuk mengharmonikan tempat kerja mereka. Mereka percaya Feng Shui mampu memberi kesan yang positif terhadap perniagaan mereka.

Walau bagaimanapun, amalan Feng Shui di Malaysia hanya digunakan oleh mereka yang bukan Islam. Dikatakan kepercayaan dan amalan Feng Shui ini tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah untuk digunakan oleh orang islam. Dalam masyarakat India juga mereka mempunyai amalan yang menyerupai Feng Shui yang dikenali sebagai Vasthu Sastra. Difahamkan amalan-amalan seperti Feng Shui dan Vasthu Sastra ini lebih kepada ilmu astronomi dan geografi. Tapi mungkin setelah di olah, terdapat juga unsur-unsur kerohanian yang dimasukkan.

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Kisah Sebenar Di Sebalik Tenggelamnya Kapal Titanic Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Rangka T-Rex Dijual Pada Harga RM132 Juta! Ini Antara Barang Rare Lain Yang Dilelong Mahal

 

 

 

 

 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Ej6vjbCWAAYVAWL

Sukan

Rashford Dikurniakan Darjah Kebesaran MBE Kerana Perjuangan Membantu Kanak Kanak Memerlukan

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford dianugerahkan Anggota Empayar Britain (MBE) oleh ratu Inggeris sempena ulangtahun ratu. Marcus Rashford diberikan darjah kebesaran MBE sebagai menghargai perjuangannya untuk memastikan 1.3 juta kanak-kanak di Britain berhak mendapat baucar makan percuma pada cuti musim panas di tengah wabak koronavirus. Senarai Anugerah Ulang Tahun Ratu adalah tradisi Komanwel di mana raja atau ratu Inggeris yang berkuasa memberikan pelbagai anugerah individu... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today10 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *