Carbonara pun boleh trending tau di Twitter. Apa kesnya ni?
Perkataan Carbonara mula trending di laman Twitter apabila Khairul Aming berkongsikan resepi memasak Carbonara petang tadi. Macam mana lah hidangan yang berasal dari Itali ni boleh diperkatakan ramai ya? Walhal resepi yang dikongsikan Khairul Aming sangatlah mudah.
Jika diperhatikan resepinya, memang mudah namun sedikit berbeza dengan apa yang selalu dikongsikan ramai. Khairul Aming hanya menggunakan telur dan cheese untuk membuat carbonara. Tiada cooking cream seperti kebiasaannya digunakan dan tiada tumisan bawang putih.
Baca juga: Khairul Aming Kembali Dengan 30 Hari 30 Resepi Ramadan
Namun, inilah resepi Carbonara yang sebenar yang dicipta di Itali. Carbonara yang selalu kita makan rupanya bukanlah resepi asli tetapi adalah resepi yang diubahsuai. Rata-rata wargamaya di Twitter memuji teknik dan cara masakan Khairul Aming.
Setakat ini, Carbonara trending nombor 1 di Twitter dengan ciapan sebanyak 21.4 ribu. Nampaknya, memang ramai peminat Carbonara dan resepi ini pastinya akan disimpan rapi.
Mesti anda pun nak cuba kan? Bila tengok memang nampak sedap sangat. Tak sabar rasanya nak tunggu resepi daripada Khairul Aming yang lain pula.
Sumber: Twitter