Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Instafamous Guna Artis Dan Anak Yatim Sebagai Marketing Punca Nama Caprice ‘Naik’ Langgar SOP

today3 May 2021

Background

Siapa tak kenal Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli seorang penyanyi, penulis lirik, ahli perniagaan dan penceramah motivasi kan? Caprice adalah antara artis yang lantang bersuara di laman sosial tentang isu-isu semasa. Di mana ada isu yang tular, pasti Caprice akan rungkaikan di laman Instagram milik peribadinya. Malah ‘tagline’ yang digunakan di penghujung setiap perkongsian iaitu ‘Bang Bang‘ menjadi ikutan anak muda.

Hari ini tular apabila Caprice dan beberapa lagi artis dikatakan melanggar SOP semasa menghadiri sebuah majlis berbuka puasa di ibu negara. Dia turut disenaraikan antara yang bakal dipanggil dan disoal siasat oleh pihak polis berkenaan isu itu.

Baca juga: “Hipokrit! Kalau Selebriti Laju Nak Maki, Suruh Siasat..” Tular Video Masyarakat Langgar SOP

 

Namun, mengejutkan apabila Caprice mendedahkan tentang seorang ‘instafamous’ yang dalam diam menggunakan anak-anak yatim dan artis sebagai ‘marketing’ atau subjek bagi memasarkan produk yang dijual olehnya. ‘Instafamous’ inilah yang sebenarnya tular tetapi orang lain pula yang terpaksa menanggung akibatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Menurut Caprice, ‘instafamous’ tersebut datang ke majlis berbuka puasa sebuah rumah kebajikan anak yatim yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel dan turut membawa jurukamera peribadinya ke majlis tersebut. Caprice mendakwa bahawa ‘instafamous’ tersebut ‘pandai-pandai’ menarik beberapa artis yang menyertai majlis berbuka puasa tersebut bersama anak-anak yatim ke luar dewan acara dan menyuruh mereka memegang produknya. Jurukameranya kemudian mengambil gambar mereka sebagai salah satu strategi pemasaran.

Caprice dengan nada bengang meminta supaya ‘instafamous’ tersebut membuat pengakuan di balai polis dengan apa yang dilakukannya. Kata Caprice “pandai-pandai buat pandai-pandailah tanggung”.

Meninjau kepada ruangan komen, Caprice turut dilihat membalas komen wargamaya. Caprice berkata bahawa dirinya tak henti-henti menerima panggilan telefon daripada pihak berkuasa dan pihak media berkaitan isu ini sedangkan instafamous berkenaan tidak dikenakan tindakan.

Rata-rata wargamaya kecewa dengan apa yang terjadi. Ramai yang meminta supaya instafamous jelitawan itu tampil memberikan penjelasan. Setakat ini kita tunggu sahaja kenyataan  daripada ‘instafamous’ tersebut dan keputusan daripada pihak polis.

 

Baca juga: Tokti Tampil Perjelaskan Isu Tular Tentang Dakwaan Pelanggaran SOP Di Majlis Tahnik

Sumber: Caprice

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Lifestyle

Hamil Kali Kedua Walaupun Anak Baru 4 Bulan, Wanita Ini Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini mendapat 525.5K tontonan, 26.4K tanda suka serta 688 perkongsian di TikTok, wanita itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.Rata-rata mereka merasa kesian kepada anak pertamanya kerana belum dapat kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa, tiba-tiba dah dapat adik baru.Namun, ada juga yang memberikan ucapan tahniah dan meminta orang ramai mendoakan agar mereka juga dikurniakan zuriat satu hari nanti.Berikut di bawah adalah antara komen... Klik untuk […]

today3 May 2021