Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Instagram Digodam? Nonny Nadirah Kongsi Gambar Berkemban

today1 April 2021

Background

Minggu lalu selebriti cantik manis, Nonny Nadirah telah memuat naik satu gambar menampakkan seorang wanita seksi di Instagram, kali ini pula Nonny berkongsi gambar wanita berkemban. Umum tahu, Nonny telah tampil bertudung awal Februari tahun 2019 selepas pulang daripada mengerjakan ibadat Umrah di Tanah Suci. Perkongsiannya kali ini menguatkan spekulasi bahawa kini dia sudah tampil tidak bertudung lagi.

Walaupun perkongsian gambar kali ini hanya memperlihatkan sebelah bahagian wajah, namun ramai percayai  bentuk dan wajahnya itu seolah-olah wajah Nonny dari sisi tepi. Gambar wanita tersebut tidak berhijab dan mendedahkan sebahagian belakang badannya dikongsi bersama kapsyen yang ringkas iaitu ‘soap’ juga dilhat sempat mempromosikan akaun Instagram minuman kesihatan dikenali sebagai @jusmandak_hq.

Perkongsian gambar pertama menunjukkan seorang wanita tidak bertudung dan kelihatan seksi oleh Nonny di Instagram sebelum ini  membuatkan sahabat baiknya yang juga selebriti, Mila Jirin luahkan rasa bimbang dengan keadaan Nonny. Malah ada beberapa individu rapat dengan Nonny juga menafikan gambar tersebut adalah Nonny dan mereka yakin bahawa Intagram tersebut mungkin telah digodam.

Bagaimanapun, setakat hari ini masih belum ada sebarang penjelasan dari Nonny sendiri dan kali ini perkongsian Nonny di Instagram telah memaparkan gambar wanita seksi seakan wajahnya dilihat mungkin satu cara Nonny cuba sampaikan sesuatu kepada orang ramai. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Nonny dan keluarganya.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Spekulasi Nonny Nadirah Buka Tudung, Mila Jirin Minta Nonny Terus Kuat Dan Ingat Allah!

Nonny menangis dilamar kekasih

Sumber: Instagram Nonny Nadirah

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

Kenali 5 Punca Ia Berlaku & Cara Mengatasinya

Ruam pipi bayi adalah kondisi yang biasa timbul selain bahagian badan yang lain, iaitu ketika berumur sekitar beberapa hari sehingga beberapa bulan. Terdapat beberapa jenis ruam yang boleh dialami oleh bayi. Berikut adalah antara jenis ruam pipi pada bayi yang ibu ayah perlu tahu serta cara mengatasinya. Ruam Pipi Bayi: Kenali 5 Punca & Cara Mengatasinya 1. Ruam Pipi Bayi Akibat Air Liur / Susu Kehadiran air liur yang... Klik […]

today1 April 2021