Pelakon tampan dari negara seberang Indonesia, Randy Pangalila kini sudah bergelar seorang bapa selepas isterinya selamat melahirkan cahaya pertamanya di Hospital RSIA Bunda, Jakarta, Indonesia, pada jam 9.45 pagi semalam.
Berita gembira ini dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya pada pagi tadi. Dia menyatakan semalam merupakan hari paling bermakna buat dirinya kerana kelahiran si kecil inilah saat yang ditunggu-tunggukan.
Malah, pelakon sinetron terkenal itu juga turut berterima kasih kepada doktor, jururawat serta pihak hospital sendiri menerusi kapsyen posting kerana telah memberi layanan yang sangat baik, SOP COVID-19 yang bagus, bilik yang selesa serta membantu isterinya tidak stres ketika proses kelahiran.
Anak perempuannya yang dinamakan, Blair Willow Pangalila kelihatan sangat comel!
Seperti biasa, ruangan komen posting tersebut dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada rakan artis dari Malaysia dan juga Indonesia.
Semoga anak Randy membesar dengan baik dan sihat. Tahniah kami ucapkan!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Sebelum Seronok Timang Anak Pertama, Minta Suami Belajar Cuci Uri Dengan Betul
“Nampak Sebaya Je Muka..” – Cikgu Wanita 36 Tahun Nikahi Bekas Anak Muridnya Sendiri
Sumber: instagram