Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Isu Wanita Perlu Jadi Bodoh, Ben Amir Minta Wanita Terus ‘Terbang Tinggi’

today10 June 2021

Background

Semalam tular satu kenyataan yang dibuat oleh Prof Dr Muhaya Mohamad yang menyatakan wanita perlu nampak ‘bodoh-bodoh sikit’ untuk memikat hati lelaki. Ia adalah salah satu kenyataannya tentang isu yang dibincangkan oleh Dr Muhaya tentang sebab kenapa wanita lambat dapat jodoh. Bagaimanapun, kenyataan yang dilakukan beliau telah menarik perhatian netizen terutamanya dari golongan wanita.

Media sosial dipenuhi dengan respon warganet yang masing-masing meluahkan rasa kurang bersetuju dengan kenyataan beliau dan menyifatkan kenyataan itu seperti merendahkan wanita. Seterusnya, ramai yang mula merasakan orang seperti Dr Muhaya sepatutnya membantu naikkan kaum wanita.

Video Dr Muhaya turut mendapat perhatian seorang selebriti tempatan, Ben Amir. Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, Ben Amir jelaskan bahawa hanya lelaki yang lemah sahaja takut dengan wanita yang kuat.

Baca artikel menarik lain: Amyra Rosli Pergi Checkup Dengan Suami, Netizen Tanya “Pregnant Lagi Ke?”

Ben Amir turut berkongsi bahawa dia sebenarnya lebih tertarik dengan wanita yang bijak kerana ia akan mendorong dirinya menjadi lebih baik dan juga akan buatkan dirinya keluar dari zon yang selesa dalam kehidupan. Ben Amir kemudian sempat menyelit nasihat supaya para wanita terus mengejar impian mereka dan ‘terbanglah’ setinggi mungkin untuk  capai cita-cita mereka.

Tweet yang dikongsi Ben Amir telah menerima respon positif daripada pengguna Twitter lain terutama golongan wanita. Mereka menyokong kenyataan Ben Amir dan merasakan seorang wanita harusnya bebas melakukan apa pun tanpa perlu menunjukkan kelemahan diri kepada seorang lelaki. Bak kata mudah, wanita perlu berdiri atas kaki sendiri.

Baca juga: “Boleh Tak Tidur 1 Malam?” – Call Hospital Hanya Untuk Tidur, Caprice Akui Terlalu Penat

Sumber: Twitter Ben Amir

Written by: Adinna


Previous post