Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

‘Kahwin Norma Baharu’ – Apa Yang Bakal Pengantin Perlu Tahu Dan Lakukan Semasa PKP?

today14 January 2021

Background

Sekali lagi kalau berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara perkara yang menjadi tanda tanya adalah majlis perkahwinan. Bukannya apa, sebab majlis nikah atau kahwin ni sudah dirancang lama dan bila PKP diumumkan beberapa hari atau minggu sebelum majlis, tentu ia menimbulkan sedikit kegusaran bagi mereka yang terlibat. Jadi persoalannya, bagi mereka yang nak bernikah masih boleh diteruskan atau perlu tunda sehingga PKP tamat?

Image via:https://www.hmetro.com.my/

Jika kita lihat kembali, semasa PKP pertama yang bermula pertengahan bulan Mac tahun lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi kebenaran untuk pasangan yang ingin bernikah melakukannya melalui sidang video. Jadi untuk PKP kali kedua ini juga cara yang sama masih terpakai bagi mereka yang berada di negeri Selangor. Pernikahan tersebut akan dilakukan oleh pendaftar yang berada di Pejabat Agama Islam Daerah, manakala pengantin, wali dan dua orang saksi akan berada di rumah masing-masing.

Lain Negeri, Lain Caranya…

Tapi itu hanya untuk pasangan yang berada di negeri yang sama iaitu Selangor. Bagi negeri lain pula, ada prosedur operasi standard (SOP) lain yang perlu dirujuk di jabatan agama negeri masing-masing. Melalui perkongsian bersama wakil daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pihak JAWI masih lagi membenarkan majlis pernikahan berlaku secara fizikal dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Namun ia hanya membabitkan pasangan yang duduk di kawasan yang sama, iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Image via:https://www.bharian.com.my/

Bagi pasangan yang berlainan negeri, majlis pernikahan akan ditangguhkan dahulu. Jadi ini antara penjelasan bagi pihak JAWI kepada mereka yang ingin bernikah dalam tempoh PKP ini. Selain itu, soal pernikahan melalui sidang video seperti yang dilakukan oleh JAIS, pihak JAWI berkata pelaksanaannya masih lagi dalam perbincangan. Jadi bagi setiap negeri masih perlu rujuk kepada jabatan agama masing-masing sebab terdapat perbezaan.

Impak Kepada Wedding Planner

Sementara itu, sempat juga bertanya tentang kesan terhadap wedding planner yang sering terjadi apabila PKP dikuatkuasakan semula. Melalui perkongsian bersama seorang pengusaha, jika dirujuk kepada peguam, pengusaha perlu membayar semula wang kepada pelanggan dengan jumlah yang penuh. Bagaimanapun, pengusaha masih boleh mengenakan caj sebanyak 10% sebagai caj pengurusan. 

Memang faham apa yang dilalui oleh wedding planner yang terpaksa mengeluarkan kos sendiri dan sebagainya. Namun di sisi undang-undang, dalam keadaan pandemik ini pengusaha perlu mengembalikan semula wang pelanggan yang tidak dapat membuat majlis dan membatalkan majlis tersebut. Bagaimanapun, budi bicara tetap perlu digunakan dalam menyelesaikan hal berkaitan pembayaran ini. 

Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.

Baca juga artikel menarik lain:

Maksud Sebenar Darurat Yang Diumumkan Dan Kebenaran NGO Untuk Hulur Bantuan

Tidak Bayar Upah Buat Tatu, Lelaki Ini Diikat Pada Pokok Separuh Bogel

Written by: Hamka Rosli


Previous post

jata j

Sukan

Bangunan Dua Tingkat Berbentuk Jata JDT Bakal Dibina Bersebelahan Stadium Sultan Ibrahim

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui kenyataan rasmi dilaman sosial mereka telah mengumumkan satu lagi projek baharu iaitu pembinaan Pusat Latihan yang terletak bersebelahan Stadium Sultan Ibrahim. Lebih menarik, ia turut akan menempatkan sebuah bangunan dua tingkat yang berbentuk jata JDT yang dikelilingi dengan beberapa padang bola sepak ‘outdoor’. Bangunan itu akan menjadi ibu pejabat pusat latihan dan turut dilengkapi kemudahan fasiliti seperti gimnasium, ruang-ruang... Klik untuk baca […]

today14 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *