Betullah kata orang, budi bahasa itu tinggi nilainya. Ia tidak mengira bangsa mahupun agama dan ia tidak mengenal darjat. Dalam dunia yang semakin tua dan penuh dengan pancaroba ini terutamanya sekarang apabila wabak pandemik terus-terusan mengganas, sifat kebaikan adalah sesuatu yang kita semua perlukan. Ia membawa harapan kepada dunia yang lebih indah.
Baca juga: “Bagus Mawar Tak Malu Belajar Mengaji” – Baru Belajar Iqra’ Sikap Rendah Diri Mawar Rashid Dipuji
Seorang pengguna Twitter yang bernama Firdaus Abdullah ada berkongsikan satu cerita berkenaan seorang pemuda yang bekerja sebagai Grab Rider di laman Twitter peribadinya semalam. Posting tersebut mendapat perhatian ramai dan ia tular sehingga hari ini. Nama Azrul, iaitu pemuda yang diceritakan itu trending di Twitter selepas beberapa jam posting itu dikongsikan.
Menurut Firdaus, dua minggu yang lalu dia bertemu dengan Azrul apabila dia memesan makanan daripada Grab Food. Ketika itu, Firdaus benar-benar terlupa untuk menukar alamatnya di Cheras kepada alamat semasanya di Puchong. Dia baru tersedar akan perkara itu apabila semuanya sudah terlambat dan membuat keputusan untuk memberi sahaja makanan tersebut kepada food rider yang telah mengambilnya untuk dihantar.
Namun, siapa sangka pemuda baik hati yang bernama Azrul ini sanggup merentas ke Puchong semata-mata untuk menghantar makanan itu tanpa caj. Katanya, dia kasihan kerana Firdaus tidak dapat menjamah makanan itu dan tanpa berfikir panjang terus ke alamat baru yang diberikan. Firdaus sangat kagum dengan dedikasi dan budi bahasa yang ditunjukkan pemuda ini, lalu dia memberi Azrul sebuah “ang pow” yang pada mulanya ditolak baik.
Azrul tidak langsung membuka “ang pow” tersebut sehinggalah dia berhenti di stesen minyak. Dia terkejut dengan jumlah wang RM100 yang diberikan lalu bergegas ke rumah Firdaus semula dengan mata yang berkaca. Katanya, jumlah itu terlalu banyak namun Firdaus menepis kenyataan itu dan membalas bahawa apa yang dilakukan Azrul itu tidak ternilai harganya.
“Listen son, no one can put a value to what you just did for me..Please accept this and go buy yourself something nice”.
You’re true Malaysian Azrul. God bless ✊️?? pic.twitter.com/EWg1Uur5zb
— Firdaus Abdullah (@firdyfire) May 24, 2021
Ternyata masih ada kebaikan di dalam dunia ini. Cerita-cerita seperti ini membuatkan ramai sedar bahawa dalam percanggahan idea dan perbalahan tentang pelbagai jenis isu yang semakin menjadi-jadi kini, kita masih lagi sama iaitu kita semua adalah rakyat Malaysia yang terkenal dengan nilai kebaikannya.
Menerusi ruangan balas posting tersebut, wargamaya memuji sikap yang ditunjukkan Azrul. Pepatah “not all heros wear cape” sesuai diberikan kepada Azrul. Ramai yang meminta supaya pihak syarikat memberikan penghargaan kepada pemuda ini sehingga Grab sendiri membalas komen-komen tersebut.
Setiap kebaikan yang kita lakukan walaupun kecil bagi kita namun nilainya amat besar buat yang menerima. Ini adalah salah satu contoh terbaik yang boleh kita teladani. Apa pun, kita doakan agar Azrul dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Terima kasih kerana memberi sedikit cahaya harapan di kala negara sedang “berperang”.
Baca juga: “PKP Lagi Dan Lagi” Nukilan Uyaina Arshad Mendapat Perhatian Ramai
Sumber: Firdaus Abdullah