Rasanya macam dah lama tak dengar lagu terbaharu dari penyanyi muda berbakat besar, Aizat Amdan. Mula menempa nama menerusi sebuah program realiti nyanyian, Aizat mula dikenali ramai dengan lagu seperti Hanya Kau Yang Mampu, Sungai Lui, Teka Silang Kata dan banyak lagi. Setelah lama tidak hadir dengan naskah baharu, kini Aizat bukan sahaja hadir dengan lagu baharu, tetapi dengan wajah dan nama baharu.
Aizat Amdan yang kini dikenali sebagai Ai.Z dilihat membawa imej yang lebih kontemporari, dan langkah itu adalah untuk membawa dirinya ke pentas antarabangsa. Hal itu turut diakui oleh Ai.Z apabila dia sudah tetapkan untuk membawa penampilan baharu sesuai dengan pentas antarabangsa. Sebagai pengenalan, Ai.Z atau nama penuhnya Muhammad Aizat Amdan, 32 tahun, melancarkan single The Last Thing ciptaannya bersama Yuna.
Rupanya Ai.Z adalah Aizat Amdan!
Bila first time dengar beat lagu ni ingatkan mat salleh mana yang menyanyi.
Ayuh Aizat dari Sungai Lui ke Hollywood!
The next Yunalis Zarai ? pic.twitter.com/bPheWc85Ef
— ??? ????? Ⓘ (@adiariff_mohd) June 16, 2021
Lagu ini diakui oleh peminat muzik tanah air bahawa ia mempunyai vibe lagu antarabangsa. Di Twitter, rata-rata wargamaya memuji langkah berani Ai.Z dalam memasarkan diri ke peringkat antarabangsa. Sementara itu, di YouTube pula, ramai yang memuji lagu single tersebut dan menyatakan ianya kedengaran seolah-olah lagu dan penyanyi antarabangsa.
Keterujaan peminat muzik tanah air jelas kelihatan dan berharap nama Ai.Z akan sehebat Yuna di Amerika Syarikat (AS). Kata Ai.Z, dia tidak menolak sekiranya jalan terbuka buatnya di AS. Apa-apa pun, tahniah buat Ai.Z dan semoga berjaya di peringkat antarabangsa.
Sumber berita: Harian Metro